Lelaki terkejut 'dimadukan' isteri yang menghilangkan diri hampir 9 bulan, ini kisah sebenarnya

A
A
A

Lelaki terkejut 'dimadukan' isteri yang menghilangkan diri hampir 9 bulan, ini kisah sebenarnya

SEORANG lelaki terkejut dan kecewa apabila dirinya dimadukan oleh isterinya.

Peniaga, Rahaman Mohamed Jaafar, 47 yang mendakwa dirinya dimadukan oleh wanita yang dikahwininya pada 2019.

"Saya sangat kecewa dengan tindakan isteri", itu luahan Rahaman yang mendedahkan dia berkahwin dengan wanita berusia 32 tahun itu pada Januari 2019 di Narathiwat, Thailand.

Bagaimanapun pada Januari lalu, isterinya itu keluar dari rumah dan menghilangkan diri.

Menurutnya, perkahwinan mereka sah mengikut hukum syarak oleh Mahkamah Rendah Syariah Tanah Merah pada 6 Jun lalu dan didaftarkan di Pejabat Agama Jajahan Tanah Merah, Kelantan.

"Bagaimanapun selepas kehilangan isteri Januari lalu, saya mendapat tahu di media sosial pada April lalu bahawa dia berkahwin dan perkara itu agak mengejutkan kerana saya tidak pernah menceraikannya… kami masih suami isteri.

Baca juga ‘Suami orang’ kini lebih laris, Che Ta nasihat wanita tak perlu tayang muka pasangan

Gambar fail.

"Selepas saya membuat semakan, saya dapati isteri ada membuat permohonan untuk berkahwin dengan lelaki lain yang berusia 42 tahun di Pejabat Agama Besut, Terengganu pada April lalu.

"Dia dipercayai menggunakan surat cerai dengan suami terdahulu iaitu sebelum berkahwin dengan saya,” katanya.

Bicaranya lanjut, selepas mengetahui dia dimadukan isteri, dia memfailkan tuntutan faraq nikah di antara isterinya dengan suami kedua.

"Susulan itu, Mahkamah Tinggi Syariah Kota Bharu pada Ogos lalu membuat keputusan memerintahkan isteri saya selaku defendan pertama dan suami keduanya yang juga defendan kedua, difaraqkan sementara.

'Mereka tidak dibenarkan tinggal bersama sebagai suami isteri sehingga kes kami selesai dibicarakan," katanya ketika hadir di Mahkamah Rendah Syariah Tanah Merah, semalam untuk prosiding keputusan lafaz cerai talak tiga yang difailkan isterinya.

Baca juga Mizz Nina dedah kenal suami sejak 2015, ramai gembira lihat kebahagiaan bersama Essam

Hakim, Ahmad Hariri Mohd Saat memberikan tempoh 14 hari kepada Rahaman untuk membuat sumpah laknat bagi menafikan dakwaan isterinya itu.

Rahaman yang diwakili peguam, Marzuqi Muhamad menegaskan, dia tidak pernah membuat lafaz cerai terhadap isterinya sebagaimana yang didakwa dan sehingga kini mereka masih suami isteri.

"Saya sangat kecewa dengan tindakan isteri. Empat tahun kami berkahwin, baru beberapa bulan saya mendapat sijil nikah, namun akhirnya saya dimadukan.

"Saya percaya pejabat agama mengeluarkan kebenaran berkahwin terhadap isteri saya dengan suami keduanya kerana perkahwinan kami di luar negara dalam proses pengesahan di sini," katanya.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca