Lengan pembaca meter elektrik cedera serius diterkam, bergelut anjing tuan rumah, warganet luah geram

A
A
A

DEMI menjalankan tugas, seorang lelaki cedera serius selepas bergelut dengan anjing pemilik kediaman.

Lelaki berkenaan yang bertugas sebagai pembaca meter elektrik Tenaga Nasional Berhad diterkam oleh anjing yang meluru keluar apabila pintu pagar kecil dibuka oleh cucu pemilik rumah tersebut.

Dalam kejadian itu, lelaki dan anak pemilik telah bergelut dengan anjing tersebut selama beberapa minit sebelum anjing melepaskan gigitan.

Kejadian yang berlaku di sebuah kediaman di Johor Bahru mengakibatkan kecederaan serius kepada lelaki berkenaan.

Dia kemudiannya meminta bantuan menerusi grup WhatsApp dengan menghantar gambar telah digigit anjing sebelum dibawa mendapat rawatan.

 

Lelaki berkenaan difahamkan mengalami luka pada lengan sebelah kanan yang agak serius.

Selain itu, dia juga terpaksa menanggung kesakitan di beberapa bahagian lain dipercayai akibat gigitan iaitu pada siku kiri, ibu jari kanan serta luka pada ibu jari kaki kiri.

Setelah rawatan di sebuah klinik berdekatan, doktor kemudiannya menasihatkan mangsa untuk membuat imbasan x-ray kerana mendapati lengan tangan kanan bengkok dikhuatiri retak/patah semasa kejadian bergelut.

Mangsa dikatakan telah dibawa ke Hospital Sultan Ismail untuk membuat imbasan x-ray dan rawatan susulan.

Dia difahamkan telah membuat laporan polis bagaimanapun telah menarik balik laporan setelah berbincang dan kes telah diselesaikan dengan baik.

Terdahulu, tular di laman sosial penghantar makanan dikejar anjing liar hingga terbabas hingga merempuh pagar sebuah kediaman.

Baca juga [VIDEO] Panik dan cemas dikejar anjing, penghantar makanan terbabas rempuh pagar

Digigit haiwan peliharaan seperti anjing boleh memudaratkan. Menurut Hello Doktor, individu yang menjadi mangsa gigitan adalah risiko untuk dijangkiti virus rabies yang boleh mengakibatkan jangkitan penyakit anjing gila kepada manusia.

Gambar hiasan

Berikut adalah langkah yang perlu dilakukan sekiranya berdepan situasi digigit anjing:

1-Basuh luka gigitan dengan sabun dan air selama 10 minit hingga 15 minit. Jika tiada sabun, basuh menggunakan air sahaja.

2-Sebaik-baiknya luka harus dibersihkan dengan pencuci beralkohol/etanol 70% atau povidone-iodine.

3-Kemudian sapukan ubat antiseptik seperti ubat kuning Flavin. Balut luka tersebut dengan pembalut yang bersih.

4-Segera bawa individu yang menjadi mangsa gigitan ke klinik atau jabatan kecemasan berhampiran untuk mendapatkan rawatan lanjut.

5-Maklumkan kejadian kepada pihak berkuasa seperti majlis perbandaran dan Jabatan Kesihatan Negeri bagi membantu mencari anjing tersebut. Anjing tersebut akan diperiksa bagi melihat tanda penyakit rabies.

Justeru, jika mangsa mengetahui mengenai pemilik anjing atau haiwan yang menggigit itu, berikan maklumat tersebut kepada pihak berkuasa.

Maklumat mengenai pemiliknya seperti nama, alamat atau nombor boleh dihubungi diperlukan agar status vaksin haiwan itu dapat diketahui.

Diharapkan pemilik haiwan lebih peka dan bertanggungjawab dengan memastikan haiwan yang dibela tidak mendatangkan sebarang kecederaan kepada orang lain.

Sumber: FB Otai Johor, Hello Doktor

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca