Letak syarat selebriti perlu bertudung untuk promosi produk Zeeta, Zaiti Noordin anggap ia sebagai dakwah kecil
KEHADIRAN lebih 5,000 ejen berdaftar bagi produk kosmetik dan kecantikan popular Zeeta menunjukkan jenama itu memiliki tarikan tersendiri.
Berbekalkan 10 produk di bawahnya, label yang berdaftar di bawah Zeeta Group Resources sejak tahun 2013 itu terus berdiri gah untuk bersaing dengan produk sedia ada.
Pemilik dan juga pengasas produk berkenaan, Zaiti Noordin mengakui, bisnes yang dibangunkan tersebut bermula dengan hasil titik peluh dan simpanan sendiri.
Baca ni Dari penulis ke uli tepung, Aisamurni tak menyesal tinggalkan kerjaya demi minat
"Produk yang kami jual termasuk mandi bunga, sabun badan, energy booster aromaterapi, serum wajah, sabun jeli, sabun beras batik dan macam-macam lagi.
“Harga produk juga berpatutan bermula sekitar RM12 hingga ke RM60. Insya-ALLAH kami sasarkan jualan bulanan sebanyak RM150,000 ke RM200,000, manakala sasaran jualan setahun pula sebanyak RM3 juta," ujar Zaiti yang merancang untuk merekrut lebih ramai lagi ejen aktif baharu termasuk yang berada di luar kota.
Sejak melebarkan empayarnya, anak kelahiran Perlis itu berjaya meraih penghargaan dan anugerah.
Baca ni Peroleh RM2.6 Juta sebulan, wanita 23 tahun ini bergelar jutawan dengan hanya kerja bersih rumah!
Terbaharu, jenama tersebut diiktiraf sebagai Excellence Women CEO Award In Beauty & Cosmetics Industry 2021 daripada Asia Business Leadership Excellence.
"Alhamdulillah berkat usaha gigih dan kerja keras, produk ini mula meraih pelbagai pengiktirafan dan mendapat tempat di hati pengguna.
"Keistimewaan Produk Zeeta ini adalah kualiti mawar asli yang diketengahkan dan harga yang mampu milik menjadikan produk ini sebagai pilihan wanita-wanita diluar sana.
"Selain ejen berdaftar, kami juga pantas mengguna pakai saluran media sosial seperti Instagram, Facebook, TikTok dan sebagainya sebagai saluran mempromosi produk," ujarnya.
TERINSPIRASI DAN TERPELIHARA
Kepada SinarPlus, Zaiti mengaku, cabaran utama membina nama dalam dunia bisnes adalah perlu ada kewangan yang kukuh.
Justeru, pendekatan mempromosikan produk melalui kerjasama bersama pempengaruh dan selebriti Malaysia dilihat langkah yang bijak untuk melariskan lagi jenama berkenaan.
Antara artis yang menjadi pilihan ialah Fazlina Ahmad Daud, Nad Zainal dan Reen Rahim.
Pun begitu, prinsip beliau tegas berpaksikan syarat mana-mana selebriti yang menjadi duta atau wajah promosi serta kempen perlu bertudung.
Keputusan nekad itu seiring dengan cerminan dua nilai teras diperjuangkan jenama berkenaan selama ini iaitu Terinspirasi dan Terpelihara (Be Inspired dan Be Protected).
“Alhamdulillah asbab daripada kerjasama terjalin ada hikmah berharga. Nad dan Fazlina kini sudah bertudung. Kami teruja dan terharu kerana mereka diketuk hidayah selepas menunaikan tuntutan tugas untuk berhijab ketika kerjasama terjalin.
"Penghijrahan mereka memberi inspirasi kepada wanita di luar sana kerana perubahan sebegitu boleh berlaku sekelip mata dengan izin ALLAH," ungkap Zaiti lagi.
Sekali pun ada selebriti tidak bertudung, pihaknya akan meminta jasa baik dan kerjasama mereka untuk sekurang-kurangnya menutup aurat ketika mempromosikan produk.
"Terbaharu, Reen Rahim bersetuju dengan syarat dan kehendak jika mahu menjalinkan kerjasama dengan kami,” katanya yang mengakui melakukan perkara yang sama berulang-ulang kali antara cara beliau membuang rasa segan dan malu tatkala mempromosikan jenama keluarannya.
Meletakkan Tan Sri Syed Mokhtar Shah bin Syed Nor Al-Bukhary sebagai idolanya, Zaiti nekad mahu memecahkan tembok pemikiran wanita berhijab di Malaysia sekali gus memperkasa golongan berkenaan.
“Kami ingin mengubah stereotaip. Jangan ingat wanita bertudung tidak mampu ke hadapan. Atas usaha ini, ejen berdaftar kami memilih untuk menggunakan kandungan bahan atau video wanita menutup aurat sahaja," ungkap usahawan berdaya mahu itu lagi.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang menginspirasikan.
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang