Lulus tuntutan fasakh, wanita mangsa dera suami hingga koma, Jahidah Nordin sah bercerai
MAHKAMAH Syariah akhirnya meluluskan tuntutan fasakh, wanita yang koma akibat penderaan suami, Jahidah Nordin akhirnya bercerai.
Adiknya, Fauziah Nordin, 41, menyampaikan berita itu di dalam hantaran laman sosial Facebook.
"Alhamdulillah. Tuan Hakim sahkan tuntutan cerai fasakh Kak Jahidah hari ni .
"Kakak Jahidah bukan lagi isteri. Terima kasih Ya ALLAH. Alhamdulillah cerai," titipnya.
Baca juga: Lelaki pukul isteri kedua hingga koma, rupanya ada 4 isteri, 7 anak
Keputusan itu dibuat secara tertutup oleh Hakim, Hamizan Mohd Nor selepas mempertimbangkan keterangan secara bertulis yang dibuat oleh Fauziah.
Terdahulu, peguam Jabatan Bantuan Guaman Negeri Sembilan, Mohd Amirul Adam Ahmad menyerahkan kenyataan bertulis tujuh muka surat yang mengandungi 31 soalan kepada Hamizan.
Kata Fauziah, keputusan berkenaan dinanti-nanti oleh keluarga mereka memandangkan keadaan kakaknya sudah sakit terlantar hampir dua tahun.
"Alhamdulillah saya tak sangka mahkamah membuat keputusan hari ini, saya gembira sangat."Saya rasa terlepas sikit beban yang dipikul selama ini kerana selagi tiada kata putus berkenaan tuntutan fasakh ini, saya sentiasa rasa dihantui,"tuturnya.
Kes 'belasah' Jahidah menjadi perhatian seluruh negara pada tahun 2021. Ketika diperlakukan dengan kejam pada 4 Mei 2021 Jahidah sedang mengandung enam minggu.
Bekas suaminya yang berusia 38 tahun ketika itu telah memukul bahagian kepala, muka dan tangan termasuk menghentak kaki pada belakang badan mangsa sehingga menyebabkan Jahidah cedera parah.
Selepas insiden berdarah di Blok B, Scott Tower, Jalan Tani, Kampung Aman, Larkin, Johor Bahru itu, Jahidah mengalami kecederaan parah pada kepala sehingga sebahagian tempurung kepala terpaksa dibuang akibat pendarahan.
Dimaklumkan, rahang, tulang belakang dan rusuknya juga retak dipercayai dipukul lelaki terbabit.
Baca juga: Lancar Tabung kasih, Sufian bantu mangsa keganasan rumah tangga
Jahidah yang terlantar koma, selamat melahirkan bayi lelaki bernama J Ehsan Nufail secara pembedahan caesarean pada November 2021 dalam keadaan koma.
Pada 17 Jun lalu, suami mangsa, Rosmaini Abd Raof mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Johor Bahru, Johor atas pertuduhan memukul isterinya yang hamil sehingga koma dalam kejadian pada 4 Mei lalu.
Sumber: Facebook Fauziah Nordin
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang