Lumpuh ditendang di kepala lepas tegur rakan sebar video lucah, ibu mohon doakan kesembuhan anak

ANGKARA menegur rakan menyebar video lucah dalam grup WhatsApp, dia dipukul sehingga koma.

Itu terjadi kepada seorang remaja lelaki yang menghuni asrama di sebuah sekolah.

Menerusi perkongsian ibu remaja tersebut, hatinya luluh selepas menerima berita anaknya ditendang di kepala hanya kerana menegur rakannya menyebar video lucah dalam kumpulan WhatsApp sekolah.

Kisah tragis itu dikongsikan oleh ibu mangsa menerusi akaun Facebook milik anaknya memberitahu keadaan itu menyebabkan anaknya lumpuh dan tidak dapat menggerakkan badan akibat tendangan terbabit.

Menurut wanita itu, ini kejadian yang berlaku;

1. Ibu malang itu menerima panggilan daripada warden asrama dan mendapat tahu kejadian bermula apabila anaknya yang merupakan ketua kelas menegur kawan sekelas lain yang menyebarkan video lucah dalam kumpulan WhatsApp sekolah.

Baca juga Bibir digigit, ditarik guru di sekolah, kanak-kanak trauma, emosi terganggu

Seorang ibu berkongsi mengenai anaknya yang ditendang di kepala selepas menegur rakan sebar video lucah. Foto Sinar Harian

 

2. Keadaan itu menyebabkan rakan terbabit tidak berpuas hati lalu dibalas dengan tendangan kuat di kepala secara tiba-tiba.

3. Ketika dimaklumkan itu, dia dikejarkan ke hospital oleh ambulans.

“Hanya ALLAH saja yang tahu isi hati seorang ibu,” katanya yang turut memberitahu bahawa anaknya tidak sukakan kekerasan dan keganasan.

Sehubungan itu katanya, satu laporan polis telah pun dibuat berhubung kejadian.

Baca juga Gigih jaga ibu sakit, mandikan sebelum pergi & balik sekolah, remaja anak yatim raih 11A SPM

Iklan

Setakat ini, dia memaklumkan anaknya sudah boleh menggerakkan tangan dan kaki, namun ujian pengimejan resonans magnetik (MRI) perlu dilakukan untuk mengesan kecederaan dalaman.

Tambahnya, ia adalah takdir ALLAH yang amat berat untuk seorang ibu apabila orang lain sanggup bertindak sedemikian kepada anaknya.

“Doktor mengatakan jika tendangan itu kena bahagian bawah sedikit, maka gelaplah dunia mama,” ujarnya.

Dalam masa sama, dia turut meminta supaya semua pihak mendoakan kesembuhan anaknya dan dijauhi daripada segala mudarat.

Iklan

Baca juga Berita baik buat ibu bapa, sesi persekolahan akan kembali pada Januari. 5 info berkaitan

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!