Macam sebaya, bapa mentua 44 tahun & bakal menantu 39 tahun jadi perhatian. 'Nak panggil abang atau abah?'

A
A
A

JODOH itu rahsia ALLAH yang menyatukan dua jiwa. Biarpun jarak usia mencecah puluhan tahun ia pasti akan bertemu jua. Seperti lelaki ini yang menerima bakal pasangan hidup 20 tahun lebih muda.

Lebih menarik lagi, bakal mentuanya hampir sebaya dan jarak usia hanya lima tahun!

Baru-baru ini, perbezaan umur Zaki Muhammad, 39, dengan bakal bapa mentuanya menjadi tular di laman sosial TikTok.

Klip video itu memaparkan beliau disarungkan cincin oleh bakal bapa mentua berusia 44 tahun pada majlis pertunangannya dengan anak sulung lelaki itu yang berumur 19 tahun.

Susulan perbezaan usia, video pertunangan pada 27 April berkenaan menerima lebih 1.2 juta tontonan dan 22,000 tanda suka.

Dalam pada itu, Zaki yang merupakan seorang usahawan mengucapkan syukur memiliki bakal ibu dan bapa mentua yang baik walaupun jarak usia mereka hampir sebaya.

Baca juga: Beza usia 41 tahun bukan penghalang tauke emas kahwini wanita muda

Baca juga: Suami lahir 1970, isteri 2004, wanita mohon petunjuk sebelum kahwin kenalan ayah berbeza usia 34 tahun

"Alhamdulillah mendapat bakal ibu bapa mentua yang baik pun satu rezeki," katanya.

Ujar Zaki, usianya dengan bakal ibu mentua pula hanya berbeza setahun iaitu 40 tahun.

Selain menerima ucapan tahniah, pemuda itu juga menerima pelbagai pujian daripada warganet yang mendakwa beliau awet muda.

Baca juga: Lima tahun beza usia, bekas pelajar kini bergelar suami kepada guru sendiri

Baca juga: Perbezaan usia bukan penghalang, Esma Daniel nikah buat kali ketiga

Ramai tidak percaya apabila wajah Zaki kelihatan lebih muda berbanding usianya.

Ujar mereka:

"39 ke bang, nampak muda."

"Nak panggil abang atau abah?"

"Menantu awet muda, umur tak jauh sangat."

"Bukti lelaki semakin berusia semakin kacak."

"Semuanya ALLAH yang tentukan. Alhamdulillah, tahniah bro.'

Tidak kurang yang berkongsi pengalaman melalui situasi yang sama dalam keluarga.

Baca juga: Demi cinta, jurang usia 23 tahun bukan penghalang. Wanita ini akhiri zaman solo lepas berjaya yakinkan keluarga. 'Mentua terima saya seadanya'

Baca juga: Usia 70 tahun, Hulk Hogan bertemu jodoh kali ketiga dengan guru yoga

"Suami dan mak saya umur sebaya. Kalau sudah namanya menantu, tetap kena panggil emak. Alhamdulillah, sudah masuk 13 tahun."

"Umur saya 45, bapa mentua 40 tahun."

"Ibu saya dan suami hanya berbeza dua tahun."

SinarPlus mengucapkan tahniah buat Zaki dan pasangannya.

Semoga ikatan yang terjalin akan membawa ke jenjang pelamin dan bahagia sepanjang hayat.

Baca juga: Cinta pandang pertama, tetap bahagia walau usia isteri 40 tahun lebih tua

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca