'Mak ladang pahala & rezeki.'Buat kejutan, Nubhan renovate bilik ibu serupa hotel undang sebak!

A
A
A

"SEBAK dan terharu melihatnya. Untung Mak Jenny dapat anak seperti Nubhan."

Demikian antara pujian yang diberikan warga maya tatkala melihat penyanyi itu membuat kejutan istimewa kepada ibu tersayang.

Perkongsian video yang dimuat naik Nubhan menerusi laman Instagram miliknya memaparkan beliau yang juga bapa kepada tiga cahaya mata itu membawa ibunya memasuki bilik yang sudah siap diubah suai.

Baca ni ‘Pandai bawa diri, ikut protokol. Bekas suami ayah terbaik.’ Ini reaksi Norjuma bila ditanya tentang status diri & anak-anak

Ternyata jauh berbeza sebelum dan selepas dekorasi. Bilik tersebut terhias cantik apabila usahawan muda itu turut menggantikan peralatan di dalamnya.

Antaranya katil baharu dan almari pasangan siap. Turut kelihatan ialah set televisyen.

SinarPlus tidak melepaskan peluang mendapatkan pandangan empunya diri berkenaan isu tersebut.

Ketika dihubungi, Nubhan berkata, pengubahsuaian tersebut dilakukan di rumah ibunya di kampung.

Baca ni Peroleh RM2.6 Juta sebulan, wanita 23 tahun ini bergelar jutawan dengan hanya kerja bersih rumah!

"Memang dah lama saya memasang hasrat untuk mencantikkan rumah mak di kampung. Kebetulan ada rezeki lebih jadi saya rasa sudah sampai masanya untuk merealisasikan impian tersebut.

"Selain bilik mak dan bilik air, saya turut menambah sebuah lagi bilik untuk kegunaan kakak sekeluarga yang kebetulan berpindah dan duduk dengan mak di kampung," ujar Nubhan yang mengakui bilik asal ibunya agak kecil berbanding sekarang.

BUAT KEJUTAN UNTUK MAK

Ditanya reaksi ibunya, Nubhan hanya ketawa kecil. Kata beliau, puas Mak Jenny atau nama sebenarnya Badariah Omar membebel disebabkan kerja-kerja tersebut mengambil masa yang lama iaitu tiga bulan untuk disiapkan.

Baca ni Pernah diperlekeh bina rumah terapung hadapi banjir, kini anak bangga usaha ayah berhasil. Inspirasi!

"Asalnya, mak meminta saya menambah tiles pada ruang berkenaan, tetapi apabila difikirkan lebih baik saya ubah suai untuk keselesaan mak dan adik beradik lain.

"Saya sengaja tak benarkan mak melihat proses mengubahsuai biliknya sebab nak bagi kejutan. Pada masa sama, saya tak mahu mak membebel jika lihat biliknya bertukar wajah," seloroh Nubhan yang pernah tinggal bersama ibunya sewaktu bujang dahulu.

Berbicara lanjut tentang pengubahsuaian tersebut, ujar selebriti itu, apa yang dilakukan itu juga merupakan hadiah untuk ibu dan kakaknya di kampung.

"Bila kita tengok orang tersayang gembira, secara automatik kita rasakan segala penat lelah berbaloi. Malah, saya juga berpegang kepada konsep memberi lebih baik daripada menerima.

“Alhamdulillah, rezeki saya cukup murah dalam bisnes. Sebelum ini saya membeli rumah atas permintaan mak, selepas berkahwin saya membeli untuk isteri pula,” katanya.

Baca ni 'Orang yang jaga ibu bapa, orang yang berjaya.' Kak Ell tidak lupa asal usul, bangga guna nama sendiri untuk jenama produk

Selain dijadikan aset, ujar Nubhan, ia merupakan salah satu cara beliau menggembirakan insan tersayang yang banyak membantu dan memberi sokongan kepadanya selama ini.

"Lagipun, pemberian ini tidak seberapa dibandingkan pengorbanan mak melahirkan dan membesarkan kami adik beradik. Kini tiba masa saya membalas jasanya kembali," jelas Nubhan atau nama sebenarnya Ahmad Nubhan Ahamad.

REZEKI BERLIPAT GANDA

Tambah bekas peserta program realiti, Akademi Fantasia Musim ke-6 itu, apabila berbudi dengan orang tersayang lebih-lebih lagi ahli keluarga, TUHAN akan kurniakan rezeki berlipat kali ganda.

"Sebab itu saya tidak mahu lepaskan peluang dan yang penting setiap apa yang saya peroleh sekarang adalah atas IZINNYA dan doa mak. Bahkan saya anggap mak dan ahli keluarga yang lain sebagai ladang pahala dan rezeki. Daripada situlah saya menuai hasilnya kini.

"Alhamdulillah setakat ini bisnes makanan Mak Jenny, produk kosmetik & skincare Lantara Beauty serta klinik mendapat sambutan yang baik.

"Sehingga kini sudah ada lebih kurang enam produk Mak Jenny di pasaran seperti Sambal Pedas, Masak Lomak Daging Salai dan Sambal Tempoyak," ujarnya sambil mengakui mengakui ada menerima tawaran berlakon namun terpaksa ditolak dek komitmen bisnes yang tidak membolehkan beliau untuk aktif terutama dalam bidang lakonan.

Baca ni 'Jaga mak baik-baik.' Ibu bertemu jodoh pada usia 64 tahun, Datuk Azril luah rasa sebak!

Pun demikian katanya, bidang nyanyian masih belum hilang jejaknya. Sehingga kini, beliau masih lagi menerima undangan membuat persembahan.

"Bukan semua benda kita mampu capai dalam satu masa, adakalanya kita kena memilih dan kerana itu saya korbankan minat dalam bidang lakonan. Cuma menyanyi masih lagi aktif sehingga kini," ujar suami kesayangan Dr Afifah Tawfek itu sebelum mengakhiri perbualan bersama penulis.

 

Sumber gambar: nubhan.ahamad

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang menginspirasikan.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca