‘Mangga cinta’ dipotong, Puteri dan Atyl tular, cinta tidak dipersetujui…

A
A
A

IKATAN cinta dizahirkan dalam pelbagai cara bagi setiap pasangan. Ada yang sanggup berbuat apa sahaja asalkan dapat mengabadikan kenangan indah bersama.

Salah satunya nya ialah 'love lock.'  Ramai yang mengetahui penggunaan mangga kunci atau padlock itu adalah simbolik cinta terikat teguh.

Antara lokasi popular yang menjadi lokasi ‘mangga cinta’ atau ‘love lock’ ialah jambatan di Pont des Arts Bridge, Paris, pokok tiruan di N Seoul Tower, Seoul, Korea Selatan serta Gunung Huang, China.

Jambatan di Pont des Arts Bridge, Paris yanh dipenuhi love lock.

 

Pokok tiruan love lock di N Seoul Tower, Seoul, Korea Selatan

Baru-baru ini, tular di media sosial sebuah love lock yang tertera nama pasangan kekasih Puteri dan Atyl yang dipercayai ditemui di Jambatan Gantung Satok, Kuching, Sarawak.

Perbuatan pasangan 'Erityl' menggantung 'love lock' di jambatan itu menerima kecaman orang ramai kerana ia merupakan satu bentuk vandalisme.

Malah, ia juga dipercayai boleh mengganggu struktur jambatan.

Perbuatan pasangan tersebut turut dikritik sebagai terlalu mengikut budaya orang luar.

Difahamkan 'love lock' yang menjadi lambang cinta pasangan itu telahpun dipotong pihak berwajib.

@tvstvmyCinta terlarang Jambatan Gantung Satok, Kuching dileraikan ?? ##BeritaDiTikTok♬ original sound - Ladyana Aziz - ladyanaaziz?

Rata-rata wargamaya bersimpati kerana cinta yang ‘diabadikan’ di jambatan itu akhirnya 'terlerai.'

Jambatan Gantung Satok yang ada kini adalah replika dan dibina semula bagi menggantikan jambatan asal yang runtuh selepas kabel utamanya putus pada 2004.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca