Masih depan pejabat agama, pasangan joget sakan lepas cerai dikecam bertubi-tubi

03
03
A
A
A

PERKARA yang paling ditakutkan dalam sebuah hubungan pernikahan adalah penceraian.

Namun jika tiada jalan penyelesaian, itu mungkin langkah terbaik yang boleh diambil jika tiada lagi persefahaman antara pasangan suami isteri walaupun ia amat perit untuk diterima.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Sedih, sebak dan pilu namun itulah yang perlu dilalui untuk meneruskan kehidupan.

Namun lain pula kejadian kepada satu pasangan ini yang dilihat begitu gembira setelah berpisah.

Sehinggakan mereka berdua boleh berjoget sakan mungkin terlalu gembira dengan penceraian tersebut.

Satu video tular di media sosial memaparkan pasangan bekas suami isteri itu berjoget di depan pejabat agama selepas disahkan bercerai.

Menerusi video berdurasi 14 saat dikongsi pengguna TikTok @noralunia, dia menyatakan dirinya menari bersama bekas suami di hadapan Kompleks Pentadbiran Agama Islam, Teluk Intan, Perak, setelah bergelar janda.

"Officially (secara rasminya), saya bergelar janda pada hari ini dengan talak loro talak loro (talak dua).

"Terima kasih bekas (suami) banyak jaga saya sebelum ini. Semoga jumpa jodoh yang lebih baik," tulisnya.

Digantung tidak bertali PERKAHWINAN suatu ikatan suci yang perlu dipelihara kerukunannya dan usah sesekali mencemarinya dengan ikatan gantung tidak bertali kerana ia menganiaya pasangan.

Tindakan kedua-dua individu terbabit mengundang rasa kurang senang orang ramai yang menganggap ia satu tindakan tidak beradab serta memalukan diri.

Ujar mereka;

"Perkahwinan dan penceraian seakan satu permainan bagi generasi sekarang."

"Apabila berbangga dengan perkara yang Allah dan nabi paling tak suka, tersangat lah sedih, jika tak kuat Islam pun jangan dipermainkan perkara yang Allah (tidak suka)."

"Ya Allah sis jangan memalukan diri macam ini, jangan bangga sangat dah bercerai, sedih tengok macam ini. Runtuhnya sesebuah rumah tangga rasa sedih bukan gembira."

baca juga Anak pelik urusan nikah jadi rumit, bongkar rahsia ibu ayah bersekedudukan hingga 7 zuriat

"600 kali aku ulang sebab tak percaya lepas cerai boleh berjoget happy."

"Mungkin ada yang terbuku dan terpendam, kita tak ada dalam kamus kehidupan depa."

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca