IBU dan ayah sedang menjalani hukuman penjara akibat kesalahan dadah, kanak-kanak empat tahun yang diamanahkan kepada kakaknya untuk dijaga maut didera rakan wanita itu.

Kanak-kanak pada usia empat tahun masih kecil memerlukan penjagaan orang dewasa. Namun anak kecil ini terpaksa berpisah dengan ibu bapanya pada usia sementah itu. Sayu dan pilu, berikut kronologi kematian kanak-kanak lelaki berkenaan dipercayai didera:

1-Polis menerima laporan daripada seorang lelaki tempatan berusia 23 tahun memaklumkan si kecil itu pengsan di rumahnya dan dibawa ke klinik untuk rawatan pada jam 6.45 petang 23 Disember 2022.

2-Si kecil itu dikejarkan ke Hospital Sultan Ismail pada bagi mendapatkan rawatan.

3-Bagaimanapun pada 6.40 petang, 26 Disember 2022 kanak-kanak malang tersebut disahkan meninggal dunia selepas menjalani rawatan.

4-Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata kanak-kanak itu dijaga kakaknya yang berusia 19 tahun selepas ibu bapa mereka dimasukkan ke penjara akibat kesalahan dadah.

Baca juga: ‘Biadab’-Budak perempuan dipercayai dicabul ‘teacher’ lelaki tular, warganet mahu keadilan

Gambar hiasan (Kredit foto: Pexels)

5-Si kecil itu kemudian diserahkan kepada rakan kakaknya untuk dijaga.

6-Sehari selepas kanak-kanak itu dimasukkan ke hospital, dua lelaki dan tiga wanita termasuk kakak kanak-kanak dan suaminya itu ditahan untuk siasatan lanjut di antara 12.00 tengah hari hinga 9.45 malam.

7-Kamarul Zaman memaklumkan hasil siasatan dijalankan pihak polis merampas barang yang disyaki digunakan untuk mendera mangsa di sebuah rumah di Senggarang.

8-Pihak polis turut merampas barangan yang disyaki digunakan mendera mangsa, antaranya pengecas telefon, sarung bantal, cadar, batang besi, batang besi berukuran 29 inci, penyangkut baju, jaringh penutup kipas dan batang besi penongkat motosikal.

Baca juga: Kanak-kanak boleh hidap tumor otak atau telinga jika sering bermain telefon. Ini implikasi mak ayah kena tahu

Gambar hiasan (Kredit foto: Pexels)

9-Kesemua yang terbabit direman selama tujuh hari sehingga 31 Disember.

10-“Pada awalnya kes ini disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara 20 tahun atau kedua-duanya.

11-Dalam perkembangan terbaru, hasil pemeriksaan awal mendapati terdapat kesan kecederaan teruk hampir di seluruh badan kanak-kanak tersebut.

12-“Pemeriksaan terhadap jenazah amat mendukacitakan dan menyedihkan kerana hampir seluruh badan terdapat kecederaan daripada kepala sampai kaki.⁣”

13-“Kesan kecederaan mungkin akibat dipukul dan dicucuh sama ada api atau benda yang panas di seluruh badan termasuk atas kemaluan,” katanya.⁣

14-“Namun pihak polis mengklasifikasikan semula kes ini akibat kematian mangsa iaitu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.

Warganet menzahirkan rasa sedih dan geram susulan perkongsian tersebut. Ramai yang mencadangkan kanak-kanak yang mana ibu bapanya dipenjara diletakkan di bawah jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Iklan

-“Sedih mendengarnya. Berehatlah wahai anak bermainlah di taman-taman syurga. Semoga ALLAH balas perbuatan iblis bertopengkan manusia.”

-”Selepas ini kalau ada kes ibu bapa dipenjara hantar anak-anak mereka ke rumah kebajikan masyarakat. Tidak dapat hendak membayangkan kanak-kanak seusia itu didera kejam hingga membawa maut.”

– “Moga kematian anak ini terbela.”

– “ALLAH hadirkan mangsa untuk menguji mereka tetapi mereka gagal dengan ujian yang ALLAH bagi….”

– “Kes ibu bapa dipenjara terutama kes dadah, sepatutnya anak-anak kecil perlu dipantau oleh JKM.”

Iklan

Baca juga: Didera sampai mati! Kisah tragis Arabella buka mata pihak berkuasa. Ini kronologi kes

Sumber: Sinar Harian

Foto utama: Pexels 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi