Mati kutu nak masak apa? Siap buat excell sheet lagi…
MACAM mana la mak kita hari-hari masak selama berpuluh tahun hidup berkeluarga kan?
“Dah mati kutu nak masak apa dah ni,” tulis pemilik Twitter @sitiawe semalam.
Posting tersebut menjadi tular apabila rata-rata netizen turut sekata bahawa mereka sudah tidak tahu menu apa untuk dimasak.
Menariknya, beliau turut berkongsi satu gambar rakannya yang tinggal di Manchester yang dipanggilnya Nad, yang menggunakan excell sheet dengan menyenaraikan bahan-bahan yang dibeli dan merancang menu sepanjang Ramadan.
“Kalau berdisiplin boleh buat excell sheet.
“Ni contoh Nad buat (member Manchester). Senang rancang siap. Beli groceries pun boleh list siap-siap ingredients,” tulisnya.
Lucunya, seorang pemilik media sosial yang sama @AmmarAreef turut berkongsi sebuah buku 1 Hari 1 Resipi Panduan Langkah Demi Langkah selama 365 hari.
Begitu juga menurut @MaslizaMustafa, buat senarai menu harian sepanjang bulan Ramadan.
“Mudah untuk beli bahan dan juga menyediakan bahan awal sebelum memasak.
“Mungkin kita tak dapat ikut sepenuhnya menu harian tu, tapi lebih menyenangkan, tak payah fikir lama-lama. Tapi memang tabik mak-mak kita dulu,”tulisnya.
Oleh itu, bersederhanalah dalam apa jua situasi termasuk menu untuk berbuka dan bersahur.
#PastiAdaSinar
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang