Maya bantah kempen 'V-Kebaya', penganjur akur tarik semula iklan

September 19, 2021
Oleh Faezah Muda

BARU-BARU ini tular di laman sosial apabila corak bungkusan tuala wanita didakwa menggunakan reka letak pembungkusan yang menumpukan motif vulva atau kemaluan wanita.

Perkara tersebut membuatkan Majlis Wanita Islam Yadim (Maya) mengeluarkan kenyataan mendesak Libresse Malaysia untuk menarik balik dua kempen "V-Kebaya" dan "Know Your V".

Maya merupakan majlis wanita di bawah Yadim (Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia), sebuah yayasan kerajaan di bawah Jabatan Perdana Menteri yang ditugaskan berkenaan isu hal ehwal Islam.

Melalui kempen "V-Kebaya", jenama tersebut telah melancarkan pembalut tuala wanita edisi terhad dengan kemasan yang dihiasi dengan motif bunga dari ilham kebaya Nyonya dan vulva.

Pengerusi Maya, Dr Safinar Salleh berpendapat jenama itu mengeksploitasi dan tidak menghormati bahagian tubuh dan wanita.

Iklan

Jangan lupa follow kami di Instagram!

"Menyalahgunakan gambar bahagian peribadi wanita pada reka bentuk iklan produk kebersihan anda adalah tidak menghormati wanita.

"Untuk mempromosikannya secara meluas sebagai tujuan utama dalam pembalut tuala wanita anda, reka bentuk kebaya warisan nasional dalam kempen 'V-Kebaya' anda dan origami dalam kempen 'Know Your V' juga dianggap sebagai eksploitasi badan wanita dalam iklan.

"Menampilkan motif vulva secara terbuka pada pakaian, bungkusan, beg, origami dan barang-barang lain tidak boleh diterima dalam budaya kita atau tidak dibenarkan mengikut nilai agama kita," katanya.

Justeru itu, Libresse Malaysia menarik semula iklan mereka selepas bantahan tersebut dan tampil menjelaskan tujuan mereka di sebalik kempen tersebut.

Iklan

"Terima kasih atas maklum balas anda yang sangat dihargai. Kami memahami kebimbangan anda dan kami telah menarik semula iklan yang tersebut dari pelbagai saluran. Bukan niat kami untuk menyinggung perasaan mana-mana wanita atau komuniti.

"Kami sentiasa mempertahankan semua wanita dan niat kami adalah untuk menggalakkan semua wanita untuk menerima kewanitaan dan potensi penuh mereka," katanya.

Maya bantah kempen 'V-Kebaya', penganjur akur tarik semula iklan

Libresse Malaysia menambah bahawa ia terlibat secara aktif dengan mereka yang bersuara menentang kempen tersebut.

Isu tersebut mendapat pelbagai reaksi warga maya sehingga Libresse menjadi trending di aplikasi Twitter, hampir 30,000 tweet setakat artikel ini ditulis.

Ujar mereka;

"TAK faham lah pad ni ok je siapa entah otak kuning pandang lain. Cantik je lagipun yang beli perempuan, apa masalah dia tah."

"Tengok design, rasa macam pelik, kenapa nak offended? Lepas perhati betul-betul, kat tengah-tengah bunga tu baru perasan apa dia. But still, kenapa nak offended?

"Lawalah design macam ni, kenapa nak offended pulak?"

Baca juga Kaki bayi re tak tak boleh jejak lantai, muka berbekas, CCTV taska bongkar segalanya

"They forgetting some flowers do look like private parts even food. Awatlah nak offended dengan design."

"Biasanya orang yang rasa benda ni offensive sumpah jenis horny, design pun dah boleh jadi isu. What's wrong with them?"

"Tapi tak ada pun kemaluan kat sini sis? Cuma ada pad tu saja. Pada saya tiada masalah sebab kita dah didedahkan dalam subjek Sains. Yang jadi masalah cuma pandangan sesetengah individu yang tak boleh kawal diri dan imaginasi sahaja. Yang tu kena baiki melalui education."