#SiBibirMerah: [VIDEO] "Apa kejadahnya percaya benda macam ini. Ini semua mitos"- Syed Saddiq

A
A
A

SEJAK vaksin Covid-19 diagihkan kepada penerima di negara ini Bibir Merah mendapati bermacam-macam 'perdebatan' timbul'. Diskusi mengenai pro dan kontra suntikan imunisasi itu bagaikan tiada kesudahan.

Ada yang menzahirkan sokongan penuh pada usaha kerajaan sehingga tidak menunggu lama mendaftar sebagai penerima vaksin sebaik sahaja Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan dibuka secara rasmi melalui aplikasi MySejahtera.

Pun begitu, terdapat sesetengah individu lebih selesa memeluk tubuh kerana enggan melibatkan diri dalam program imunisasi berkenaan.

Bahkan, beberapa kenalan Bibir Merah pun bertegas untuk tidak mengambil vaksin meskipun sudah dipujuk berkali-kali.

vaksin SUNTIKAN vaksin Covid-19 adalah antara langkah yang diambil untuk menghentikan pandemik di negara ini.

Golongan 'terbabit' menyifatkan suntikan vaksin akan menyebabkan pelbagai kesan sampingan yang boleh mengundang maut.

Walhal, menerusi segmen Soalan Lazim dalam portal Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) menjelaskan: "Vaksin Covid-19 merangsang sistem imun supaya jika kita terdedah kepada koronavirus tubuh badan boleh bertindak balas terhadap jangkitan Covid-19.

"Pelbagai platform seperti jujukan genetik mRNA, viral vektor, virus nyahaktif dan sub-unit protein telah digunakan untuk menyediakan vaksin koronavirus yang selamat dan berkesan."

vaksin MAKLUMAT  lanjut mengenai  vaksin Covid-19 boleh diperoleh dengan melayari laman web www.vaksincovid.gov.my.

Ini termasuklah, menerangkan bahawa penggunaan vaksin Covid-19 adalah antara langkah yang diambil untuk menghentikan pandemik.

Tapi, apakan daya dek terlalu mempercayai mitos dan maklumat yang kurang sahih secara tidak langsung mendorong golongan 'terbabit' dibelenggu perasaan ragu-ragu untuk mendapatkan suntikan Covid-19.

Nampaknya, tahap ketidakpercayaan mereka menerima vaksin koronavirus turut mendapat perhatian antaranya Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Menerusi laman sosial Instagram @syessaddiq, beliau memuat naik dua klip video memaparkan tiga mitos popular yang menjadi pegangan golongan 'terbabit'

syed saddiqSYED SADDIQ  menyarankan orang ramai supaya tidak sesekali mempercayai mitos tentang suntikan vaksin koronavirus.

Menurut Syed Saddiq,mereka yang menolak vaksin mempercayai bahawa cecair imuninasi itu tidak halal.

Pada masa sama, mendakwa selepas mengambil vaksin apabila sakit keadaan menjadi bertambah teruk.

Ini termasuklah, melemparkan mitos yang mana vaksin tidak boleh diambil oleh warga emas kerana akan menyebabkan sakit jantung dan darah beku.

"Apa kejadahnya percaya benda-benda macam ini. Ini semua mitos!

"Daftar vaksin sekarang. Jalankan tanggungjawab bersama. Saya sudah daftar vaksin. Anda bila lagi?," kongsinya baru-baru ini.

Menerusi video sama, Pengasas Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) juga menerangkan, Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Islam ke-10 memutuskan ambil vaksin adalah harus dan wajib.

syed saddiq"Vaksin mampu memberi imuniti. Memang ada sedikit kesan sampingan, tetapi tidak berkekalan dan ia sembuh sendiri.

"Justeru, warga emas adalah golongan pertama perlu ambil vaksin kerana risiko terdedah terhadap Covid-19 yang tinggi," terang beliau lanjut beserta hashtag #LindungDiriLindungSemua.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Syed Saddiq (@syedsaddiq)

Bibir Merah setuju dengan ulasan Syed Saddiq berhubung mitos suntikan Covid-19. Seharusnya kita melatih diri menggali ilmu dengan merujuk kumpulan pakar dan memilih bahan bacaan yang sahih.

Tolonglah! Jangan mudah terpengaruh dengan maklumat palsu yang dikongsikan baik menerusi aplikasi WhatsApp mahupun media sosial.

Setakat hari ini Statistik Perkembangan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan mencatatkan seramai 9,983,396 sudah mendaftar sebagai penerima manakala 1,089,637 telah selesa divaksinasi.

vaksinBibir Merah pun antara sukarelawan yang mendaftar vaksin keluaran AstraZeneca. Tak sabar pula menunggu giliran mendapatkan suntikan pada 30 Mei ini di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca