DATUK Dr Sheikh Muszaphar Shukor Al Masrie Sheikh Mustapha baharu sahaja berkongsi bakal menyambut kelahiran cahaya mata ketujuh.

Usia kandungan isteri, Datin Dr Halina Mohd Yunos kini memasuki lapan minggu, bapa kepada dua pasangan kembar itu merasakan diri semakin berisi.

Pakar bedah ortopedik dan angkasawan Malaysia yang pertama meluahkannya menerusi Instagram.

Baca juga: Dr Sheikh Muszaphar kongsi video berita gembira dan ‘ultrasound’ netizen teka Dr Halina hamil lagi

“Rasa tembam. Setiap kali Dr Halina mengandung, berat badan saya akan bertambah untuk mendorongnya dalam kehamilan.

“Saya galakkan dr halina makan dan mengelakkan beliau berasa ia sesuatu yang tidak baik. Gemuk bersama,” kongsinya.

Kebanyakan lelaki akan turut mengalami simptom awal kehamilan atau morning sickness seperti muntah dan loya ketika isteri hamil, namun Dr Sheikh Muszaphar mendedahkan beliau tidak mengalaminya kecuali berasa sangat letih.

Dr Sheikh Muszaphar merupakan rakyat Malaysia pertama meneroka angkasa lepas dan ia adalah hasil program yang dilhamkan pada 2003 apabila Rusia bersetuju menghantar seorang warga Malaysia ke ISS.

Beliau mendirikan rumah tangga dengan Dr Halina pada 10 Oktober 2010.

Pekahwinan mereka diserikan dengan kehadiran enam cahaya mata termasuk iaitu Sophea Isabella, 11, Sophea Natasha, 9, dua pasang kembar iaitu Sheikh Adam dan Sheikh Noah, 5, Sheikh Eusoff serta Sophea Emelia, 2.

Baca juga: Dr Sheikh Muszaphar mahu semua anaknya jadi doktor

Sindrom Couvade

Kredit foto: Pexels

Pernahkan situasi sebegini terjadi kepada anda? National Library of Medicine mendedahkan ia mungkin Sindrom Couvade yang acap kali berlaku kepada kaum Adam ketika mula menjadi bapa.

Menerusi kajian yang dilakukan pelbagai gejala terjadi kepada suami wanita hamil . Antara simptom paling biasa ialah berkaitan selera makan, loya, insomnia dan pertambahan berat badan.

Manakala VeryWellFamily mendedahkan ia berpunca daripada simpati, kebimbangan, tekanan psikologi dan fizikal, masalah tidur serta pertambahan berat badan.

Gejala berkenaan akan timbul pada bulan ketiga kehamilan dan cenderung memuncak menjelang akhir trimester ketiga.

Tiada alasan konkrit tentang fenomena namun Sindrom Couvade dianggap sebagai ekspresi kebimbangan. Bakal bapa cenderung mengalami gejala ibu mengandung tetapi gejala tersebut akan hilang sebaik sahaja bayi dilahirkan.

Baca juga: ‘Super aktif, mahu pengsan maknya.’-Kongsi sambutan hari lahir anak kembar, luahan hati Dr Halina bikin ramai terhibur

Pemakanan ibu hamil

Kredit foto: Pexels

Menurut portal Myhealth Kementerian Kesihatan Malaysia, wanita yang sedang berbadan dua perlu mengambil makanan yang seimbang sepanjang kehamilan.

Ia bertujuan memastikan perkembangan janin yang sihat, mengekalkan kesihatan ibu dan segala keperluan nutrien dipenuhi.

Pun begitu, ibu hamil perlu memastikan penambahan berat badan yang bersesuaian semasa hamil :

-Jika ibu kurang berat badan, pertambahan berat yang sesuai ialah antara 12 hingga 18 kilogram (kg).

-Jika berat badan ibu normal sebelum hamil, pertambahan berat yang sesuai ialah antara 11 hingga 16kg.

-Jika berat badan ibu berlebihan, pertambahan berat yang sesuai ialah antara tujuh hingga 11kg.

-Jika ibu hamil kandungan kembar, pertambahan berat badan yang sesuai ialah antara 16 hingga 20kg.

Iklan

Baca juga: Isteri Dr Sheikh Muszaphar selamat bersalin anak kembar lelaki dan perempuan

Hidangan dan kekerapan

Kredit foto: Pexels

Ibu hamil disarankan untuk mengambil makanan daripada pelbagai jenis setiap hari dengan kekerapan seperti berikut:

-Tujuh hidangan nasi/bijirin atau roti
-Tiga hidangan sayur dan dua hidangan buah (sekurang-kurangnya satu yang kaya dengan Vitamin C dan satu dalam Vitamin A)
-Dua hidangan susu atau produk tenusu
-Satu hidangan ikan, satu hidangan daging/ayam dan satu hidangan kekacang
-Enam hingga lapan gelas air dan tidak lebih daripada satu cawan minuman ringan, kopi atau teh sehari

Baca juga: ‘Anak-anak merayu mahu naik lagi, mak, bapa macam mahu pengsan.’ -Dr Halina kongsi kisah lucu anak-anak pertama kali naik tren

Keperluan kalori

Kredit foto: Unsplash

Kalori (tenaga) dan nutrien tambahan adalah penting untuk memenuhi keperluan perkembangan fetus dan tisu baru terutama semasa trimester kedua dan ketiga.

Ibu hamil perlu memastikan mengambil lebih kalori pada tempoh akhir mengandung.

Tenaga tambahan yang diperlukan pada dua trimester terakhir adalah seperti berikut:

-Trimester kedua: tambahan 360 kcal sehari
-Trimester ketiga: tambahan 470 kcal sehari

Iklan

Pun begitu, adalah disarankan untuk mengikuti saranan mengikut saranan doktor atau pakar pemakanan.

INFO MAKANAN KAYA NUTRIEN IBU UNTUK HAMIL

Ibu hamil disarankan untuk memilih makanan yang tinggi kandungan nutrien seperti :

-Kalsium (susu, keju, dadih, sayuran berdaun hijau dan produk kacang soya)
-Zat besi (hati, daging tanpa lemak, roti yang ditambah dengan zat galian dan kekacang jenis kering seperti kacang pis)
-Vitamin A (hati, susu dan telur)
-Vitamin B kompleks (hati, daging tanpa lemak, ikan dan susu)
-Vitamin C (jambu, betik dan limau)
-Asid Folik (sayuran berdaun hijau, hati dan kacang)

Baca juga: Anemia boleh beri impak sampingan kepada ibu dan kandungannya. Ini saranan penting pakar

Sumber: Dr Sheikh Muszaphar, NCBI, VeryWellFamily, MyHealth

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi