GARA-gara mahu ambil mainan dalam mesin basuh, seorang kanak-anak tersekat pada bahagian pengering mesin basuh hingga perlu dibantu pihak bomba untuk dikeluarkan.

Kanak-kanak bernama Aiman berusia 3 tahun melalui pengalaman ngeri apabila badannya tersekat pada pada bahagian pengering mesin basuh separa automatik di rumahnya.

Menerusi video dikongsi seorang anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dikenali sebagai Waly Hashim, memaparkan kanak-kanak lelaki berkenaan ‘tersekat’ pada bahagian pengering mesin basuh separa automatik.

Dalam usaha mengeluarkan kanak-kanak terbabit, pihak JBPM bertindak memotong bahagian mesin basuh menggunakan satu peralatan.

Kanak-kanak berkenaan dilihat begitu ‘tenang’ menangis tatkala pihak bomba mula melakukan prosedur memotong mesin basuh tersebut menggunakan peralatan khas.

Menjengah ke ruangan komen, terdapat seorang wanita bermurah hati untuk membelikan mesin basuh baharu buat keluarga ini bagi menggantikan mesin basuh yang telah dipotong oleh pihak bomba semasa mengeluarkan kanak-kanak itu si kecil.

@walyhashimTag kawan2 yang ada anak kecil ##fypシ ##fypage

♬ Fade灵魂电音绝美吟唱 (69 Remix) – Alan Walker

Netizen juga tertarik kepada sikap dan keprihatinan anggota bomba  menjalankan tugas dan menzahirkan ucapan terima kasih atas perkongsian.

 

7 tip keselamatan anak di rumah

Usah mendedahkan kanak-kanak kepada Kemalangan yang melibatkan kanak-kanakk ketika berada di rumah. Antara langkah berjaga-jaga yang penting ialah

1)Pastikan pintu bilik air dan bekas air sentiasa ditutup. Ibu bapa haruslah memastikan pintu bilik air dan bekas air sentiasa ditutup untuk mengelakkan anak-anak kecil bermain air.

2)Simpan barangan tajam, kecil dan berbahaya di tempat yang selamat. Bayi dan anak kecil amat gemarkan barang bersaiz kecil untuk dimasukkan ke dalam mulut. Bagi mereka, ia adalah seperti gula-gula yang amat menarik perhatian Objek kecil seperti duit syilling, butang baju, paku dan barang-barang yang berbahaya harus disimpan di dalam tempat yang tidak mudah dicapai. Jika tidak, ini mendedahkan risiko bayi dan kanak-kanak tertelan dan tercekik.

Iklan

3)Awasi bucu tajam kerana anak yang telah pandai merangkak atau berdiri harus sentiasa diawasi gerak langkahnya kerana gerak langkah mereka masih lagi tidak stabil. Pasang pelapik pada bucu perabot agar anak cedera apabila jatuh dan terhantuk pada bucu perabot.

4)Simpan cecair pencuci, peluntur ataupun kosmetik di tempat tinggi dan selamat atau dalam almari berkunci agar tidak mudah dicapai mereka.

5)Jangan biarkan anak-anak bermain di beranda pangsapuri tanpa pengawasan orang dewasa. Sentiasa tutup pintu beranda jika tinggal di pangsapuri atau kondominium. Jika terpaksa meninggalkan bayi atau anak kecil sendirian di ruang tamu walaupun sebentar, kunci pintu ke arah beranda, jangan biarkan anak korang bermain di sana.

Iklan

6)Elak menggunakan alas meja yang labuh dan mehidangkan makanan panas yang baru dimasak kerana si kecil boleh menarik alas kain itu. Jika boleh, letakkan dahulu di atas tempat lain yang selamat atau jangan menggunakan alas kain yang terlalu labuh.

7)Simpan mancis, pemetik api dan ubat di tempat selamat. Peralatan ini berwarna warni akan menarik perhatian anak-anak untuk memetik atau memasukkanya ke dalam mulut. Simpanl di tempat yang selamat dan jauh dari capaian mereka.

Anak adalah diibaratkan nyawa kepada ibu bapa. Justeru, elakkan punca dan perangkap bahaya yang membahayakan di dalam rumah. Jangan cuai dalam menjaga cahaya mata yang diamanahkan kerana sesal dahulu pendapatan, sesal kemudia tidak berguna.

Sumber: TikTok @walyhashim, Facebook Keselamatan Kanak-Kanak Di Sekolah & Rumah