MEDIA sosial seperti Facebook misalnya, mempunyai peranan dalam kehidupan masyarakat pada zaman modenisasi hari ini.

Ia bukan sahaja berfungsi sebagai jaringan sosial dan medium berniaga, malah antara platform pilihan menyalurkan dan mendapatkan pelbagai maklumat.

Kewujudan Facebook group juga dianggap memudahkan bermacam-macam aktiviti harian seperti hartanah, resipi, fesyen ataupun tip rumah tangga.

Namun begitu, malangnya sesetengah pihak telah menyalahgunakan kelebihan Facebook ke jalan negatif.

 

 

Perkara tersebut didedahkan oleh pengguna Twitter dikenali @emrhaqim baru-baru ini.

Beliau telah berkongsi kewujudan ‘swinger group’ di Facebook yang menawarkan ‘aktiviti’ tukar pasangan suami isteri bagi tujuan maksiat.

Baca juga Jangan Bangga Berbuat Maksiat Dan Tayang Pada Orang… Buruk Natijahnya Nanti

 

 

 

Tuturnya, grup itu ditemui secara tidak sengaja semasa beliau sedang melakukan carian berkaitan tukar nama hak milik di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

“Tadi aku search dekat Facebook, ‘tukar nama’ sebab nak cari info tukar hak milik kat JPJ sekarang,” tulisnya.

 

 

 

 

 

Pun begitu, beliau berasa pelik apabila terbaca nama grup terbabit lantas menjengah inti pati di dalam akaun tersebut.

Alangkah terkejutnya pemuda itu apabila membaca hantaran di grup berkenaan. Baik lelaki mahupun wanita tanpa segan silu menawarkan diri untuk hubungan seksual bersama pasangan lain secara sukarela.

Iklan

Tidak ketinggalan dikatakan ada juga ahli dalam group mencari pasangan yang sudah berkahwin untuk memuaskan nafsu.

 

Diperhatikan urusan sesama ahli ke peringkat selanjutnya ‘diselesaikan’ di private message (PM) kerana didapati ada menulis ‘done PM’ di ruangan komen.

Baca juga ‘Saham’ Dosa Diwarisi Ke Kalau Ajar Orang Lain Buat Maksiat?

Kewujudan grup Facebook itu mendapat perhatian warganet yang terkejut dengan ‘swinger’ di negara ini. Mereka turut bertindak membuat report kepada pengendali Facebook dan meminta pihak berkuasa mengambil tindakan segera.

 

Iklan

 

Secara amnya, ‘swinger’ merujuk pada seseorang yang terlibat dengan perbuatan seksual secara kumpulan ataupun bertukar pasangan seksual.

Dalam perkembangan berkaitan aktivis masyarakat, Akhi Fairuz Al-Jengkawi juga mengulas mengenai isu terbabit.

“Isu swinger ini dah pernah viral beberapa kali, tetapi macam itu jugalah jadinya.

“Majalah Mastika pun pernah kupas topik ini dulu. Swap isteri adalah perbuatan celaka, jahat, jijik dan syaitan!,” tulisnya.

 

Bertukar pasangan walaupun secara sukarela perbuatan haram dan salah di sisi agama. Aktiviti tidak bermoral seumpama itu perlu segera dicegah .

Sumber: Akhi Fairuz Al-Jengkawi