NIAT murni seorang gadis untuk memberi duit perbelanjaan kepada ibu tercinta membawa duka apabila tersilap langkah.

Begitulah, setiap anak mahu buat yang terbaik untuk ibu bapanya. Apabila sudah meningkat dewasa, mereka mula untuk berbakti kepada kedua orang tua.

Seperti juga seorang gadis ini yang baru sahaja melangkah ke alam pekerjaan. Perkara pertama apabila mendapat gaji, dia berhasrat untuk menghulurkan duit perbelanjaan buat ibu.

Namun, dalam kegembiraan memberikan ibu ‘merasa’ duit gaji pertamanya, dia terkilan dan sedih apabila tersilap langkah memindahkan wang secara ‘bank in’ kepada orang lain

Menerusi perkongsian video di aplikasi TikTok @Fahada Bistari meluahkan kesedihan apatah lagi duit tersebut adalah hasil yang diterima daripada gaji pertamanya.

Bercerita lanjut, dia yang baru bekerja mengakui kesilapannya kerana tidak memeriksa nama pemilik akaun terlebih dahulu sebelum bersetuju bagi memindahkan wang berkenaan.

“Hari ni dapat gaji pertama. Tak banyak mana la kan, baru beberapa hari kerja. Pastu aku bank in la kat mak aku. Nak jadi cerita, tersalah bank in kat orang lain.

“Aku pernah tolong mak buat bayaran, mak pernah bagi nombor akaun tu. Pastu aku semangat sangat nak bank in, tak check nama pemilik,” katanya sambil menangis teresak-esak.

Selepas menghantar resit kepada ibunya, gadis itu terkejut duit miliknya telah ‘selamat’ berada dalam akaun orang lain.

“Pastu mak pun bagi la nombor telefon pemilik akaun tu. Dah hubungi dia tapi tak dapat respon… dia cakap, kak sedekah jelah dapat pahala.

“Aku bukan tak nak sedekah, tapi gaji aku sikit je dan memang niat nak bagi mak. Walaupun sikit, tapi banyak… sebab aku percaya kalau bagi mak, nanti aku akan dapat lebih lagi,” ujarnya.

Baca juga Untungnya keluarga campur, doktor cantik ini berpantang dengan resipi masakan Cina

Bagaimanapun, dia menganggap kejadian itu adalah ujian diberikan ALLAH SWT sekali gus dijadikan sebagai pengajaran supaya lebih berhati-hati serta peka pada masa hadapan.

Video berdurasi hampir tiga minit itu meraih hampir 1.5 juta tontonan dan lebih 5,000 komen netizen yang turut sedih serta simpati dengan nasib menimpa dirinya.

Iklan

Rata-ratanya mengesyorkan gadis itu membuat laporan polis untuk tindakan selanjutnya.

“Ya ALLAH saya faham perasaan itu konon nak suprise kat mak, last-last kita yang ter surprise diri sendiri, moga dipermudahkan segala urusan.”

“Pergi buat laporan, pastu bank boleh uruskan. Semoga dimurahkan rezeki.”

“Suka hati dia cakap ‘sedekah’, moga dia terbuka hati bagi duit balik.”

“Pengajarannya adalah, periksa betul-betul sebelum pindah duit.”

Iklan

Baca juga Gelagat wanita ini rakam acara lipat kain empat bakul untuk ‘Sukan Olimpik’ bikin ramai terhibur

“Semoga orang tu terbuka hati nak bagi balik pada awak, niat baik insya-ALLAH ALLAH bantu.”

Justeru, kepada wanita di luar sana, berhati-hatilah ketika membuat urusan perbankan. Pastikan nombor akaun adalah betul-betul kepada penama yang dikehendaki.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan.