Nikah 30 tahun terpaksa bubar sebelum tunai umrah, gara-gara ‘rahsia’ disembunyikan orang tua
KADANGKALA ‘kisah lalu’ yang disembunyikan boleh mengundang masalah di kemudian hari.
Apatah lagi jika ia melibatkan perihal mengenai wali dan nasab, amat mustahak dan tidak boleh dipandang remeh. Impaknya cukup besar kerana boleh mengakibatkan sesebuah perkahwinan tidak sah.
Seperti kes yang didedahkan oleh pengguna TikTok ToKadi Hipster ini di mana dia perlu menguruskan kes melibatkan seorang wanita yang terpaksa membubarkan perkahwinan seminggu sebelum mengerjakan umrah.
Baca juga: Anak Pelik Urusan Nikah Jadi Rumit, Bongkar Rahsia Ibu Ayah Bersekedudukan Hingga 7 Zuriat
“Selama 30 tahun bernikah & mendirikan rumah tangga, hari ini terpaksa dibubarkan.”
Ia bermula apabila wanita berkenaan mendapatkan khidmat nasihat dan pandangan daripadanya.
“Kami ingin meminta pandangan ustaz. Ibu bapa saya berkahwin pada April 1976. Saya lahir pada Julai 1976. Tiga bulan sahaja nikah saya lahir.
“Ogos 1991 saya bernikah berwalikan bapa saya,” kata wanita itu.
Pendedahan itu mengejutkan kerana jika diikutkan, bapa wanita terbabit tidak boleh mewalikan perkahwinannya. Hal itu sekali gus memberi kesan kepada perkahwinan si anak yang telah 30 tahun terbina.
“Allahuakbar, macam mana boleh jadi begini. Pernikahan puan tidak sah. Ikut perkiraan, bapa tidak boleh mewalikan Puan.
”Sekarang Puan perlu ke mahkamah dan membubarkan perkahwinan,” kata Tok Kadi.
Wanita itu dinasihatkan untuk memohon semula perkahwinan berwalikan hakim.
Pahit untuk menerima kenyataan, tetapi ia terpaksa ditelan. Kenyataan yang diberi Tok Kadi menyebabkan wanita itu luluh hati.
Si suami pula mengatakan 'rahsia' orang tua isterinya hanya terbongkar apabila mereka sekeluarga ingin mengerjakan umrah.
Selain itu, lelaki berkenaan turut mengakui situasi rumah tangga mereka seringkali ‘panas,’ rupanya ada ‘perkara’ yang tidak betul.
“Habis selama 30 tahun kami bernikah bagaimana pula ustaz? Anak-anak kami bagaimana statusnya?
"Allahuakbar berdosa rasanya, bantu kami ustaz,” kata suami wanita itu.
Perkara pertama yang diutamakan ialah pasangan berkenaan disarankan untuk bernikah semula.Kemudian barulah perihal nasab anak-anak diuruskan
Dalam pada itu, beliau meminta orang ramai tidak mempermainkan bab wali kerana ia boleh memberikan implikasi buruk kepada institusi perkahwinan.
“Jangan main-main dalam menentukan wali. Pastikan wali yang betul. Buruk akibatnya kalau menggunakan wali yang salah. Jika tidak pasti sila rujuk pejabat agama, “ titipnya.
@tokadi_hipsterSelama 30 tahun bernikah & mendirikan rumahtangga, harini terpaksa dibubarkan.♬ Astaghfirullah (Istighfar) - Opick
Semoga kisah ini menjadi pengajaran buat kita semua.
Baca juga: 'Ikatan Perkahwinan Tidak Terlerai Sendiri Melainkan Dengan Kematian' - Peguam Syarie
Jangan lupa follow kami di Instagram!
Sumber: TikTok ToKadi Hipster
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang