Nikah di Kedah, kini berada di Terengganu. Netizen pertikai pengasuh Siti Aafiyah rentas negeri

Nikah di Kedah, kini berada di Terengganu. Netizen pertikai pengasuh Siti Aafiyah rentas negeri
Nikah di Kedah, kini berada di Terengganu. Netizen pertikai pengasuh Siti Aafiyah rentas negeri
A
A
A

UMUM mengetahui aktiviti merentas negeri dan daerah tanpa kebenaran Polis Diraja Malaysia (PDRM) di

seluruh negara adalah tidak dibenarkan sepanjang perintah Sekatan Perjalanan Penuh (SPP) atau total

lockdown.

Sepanjang tempoh itu juga segala aktiviti berkaitan sosial, pendidikan dan ekonomi yang boleh menyebabkan perhimpunan atau kesesakan awam, turut tidak dibenarkan.

Pergerakan rentas negeri bukan sahaja mengakibatkan penularan Covid-19, malah tindakan itu boleh meningkatkan risiko jangkitan kepada warga emas dan kanak-kanak khususnya.

Bercakap tentang rentas negeri, hari ini netizen mendakwa pengasuh kepada anak penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin iaitu Hidayah Zubit melanggar peraturan apabila dikatakan berada di Terengganu.

Beliau baru sahaja bernikah bersama pasangannya, Mohammad Ridzuan Razali yang merupakan pemain bola sepak Terengganu FC II pada 31 Mei lalu.

Difahamkan, majlis pernikahan tersebut diadakan secara sederhana mengikut prosedur operasi standard (SOP) di Sungai Petani, Kedah.

Bagaimanapun, keberadaan wanita itu di Terengganu nampaknya mula menjadi pertikaian dalam kalangan warganet.

Mereka turut mempersoalkan mengapa pasangan pengantin itu boleh merentas negeri, walhal beberapa mukim di Terengganu kini di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Antaranya:

@slymochoco_terengganu - "Nak tanya macam mana lepas rentas negeri? Dah suami dia tu rano bulih gi pah Penang."

@on_target7- "Kan... nak tahu gak."

@kudapkudap72 - "Pelikla jugak sebab dia nikah kat Kulim, make up kat Penang and pergi shoot dekat Sungai Petani. Kata tak boleh rentas daerah alih-alih pergi merata."

@ellyawee - "Bukan sengaja dengki, tapi dah banyak kes macam ni yang timbulkan kluster. Orang pertikai sebab orang risau, kita jaga kita kan?

"So, please la stop claim orang dengki. Orang risau bukan saja-saja. Tapi apa-apa pun kita doa yang baik-baik je. Tu pun nampak Dayah dan husband pun ade swab test ni, doa-doa tak timbul apa-apa kluster la. Jangan lupa jaga sop juga. Selamat pengantin baru."

@chetah79 - "Urusan nikah kahwin memang boleh.. Dah ada surat polis, senanglah."

Pun begitu, menerusi perkongsian di laman sosial Instagram Ridzuan memaklumkan mereka telah menjalani ujian calitan Covid-19 sebaik sahaja tiba di sana.

"Jalankan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia dulu. Welcome to Terengganu my wife," kongsinya.

Artikel berkaitan: “Kakak tunggu Aafiyah nak datang.” Sebelum pengasuh bernikah, Aafiyah sempat tuntut janji baju princess

Barangkali, menerusi perkongsian berkenaan menjawab persoalan warga maya.

Tujuan Hidayah dikatakan merentas negeri adalah mengikut suaminya pulang ke kampung sebaik sahaja sempurna majlis pernikahan mereka di Kedah.

Selamat pengantin baharu Hidayah dan pasangan.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca