HomeKisah MasyarakatCerita Orang KitaNur Dhabitah kini bergelar...

Nur Dhabitah kini bergelar isteri, suri hati Jiggy Masin dengan sekali lafaz

Nur Dhabitah kini bergelar isteri, milik Jiggy Masin dengan sekali lafaz

ATLET terjun negara, Nur Dhabitah Sabri, 23, kini adalah suri hati pelakon dan pelawak, Jiggy Masin.

Atlet berbakat yang meraih tempat ke-4 Sukan Olimpik Tokyo 2020 menerusi acara 3 meter papan anjal wanita melangsungkan akad nikah pada Jumaat, 28 April 2023 dalam satu acara tertutup.

Menurut portal berita tempatan, Jiggy atau Mohamad Aizat Ahmad Nazri memaklumkan beliau dan Dhabitah idak berniat untuk merahsiakan pernikahan mereka namun memilih untuk berkongsi berita gembira itu pada waktu yang sesuai.

Baca juga: Rangkul emas pertama acara terjun Sukan SEA 2021, berikut 5 info membanggakan Dhabitah

“Alhamdulillah, dengan sekali lafaz saya sah menjadi suami kepada Dhabitah pada Jumaat. Majlis akad nikah kami diadakan secara tertutup yang dihadiri ahli keluarga seramai 150 sahaja.

“Kami tak ada niat pun nak sorok apa-apa… cuma nak jaga amanah dan janji keluarga kedua-dua belah pihak untuk tidak umumkan apa-apa selagi belum sah.

“Saya nak minta maaf kepada rakan media sebab sebelum ini saya tak respons soalan mengenai kami sebab seperti yang saya katakan, nak jaga janji dan amanah keluarga,” katanya.

Menerusi tinjauan SinarPlus, Dhabitah yang sedang mengikuti pengajian Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Media di Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK), Universiti Kebangsaaan Malaysia berkongsi sekeping fotonya memakai sepersalinan busana akad nikah berona putih.

Difahamkan perkenalan mereka bermula sejak lebih setahun lalu selepas bertemu di sesi fotografi.

Baca juga: Tahniah! Nur Dhabitah raih perak kedua di Birmingham, 7 info berkaitan

Baca juga: Dhabitah Sabri Atlet Terjun Negara Pernah Terima Darjah Kebesaran YDP Agong 2 Tahun Lalu

Iklan

Buat masa ini, Jiggy memaklumkan mereka merancang untuk mengadakan majlis resepsi namun belum ada tarikh memandangkan Dhabitah akan MENJALANI  sesi latihan di China selama sebulan.

Malah atlet kelahiran Kuala Lumpur itu juga sedang sibuk dengan persediaan pelbagai kejohanan berprestij iaitu Olimpik dan Sukan SEA.

“Dia (Dhabitah) kena pergi China dalam sebulan untuk sesi latihan. Tapi once ada tarikh, Insya-ALLAH saya update untuk jemput kawan-kawan media,” katanya.

Baca juga: Dhabitah kini pelajar UKM, pilih Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Media

Baca juga: Gambar lama Dhabitah tular, badan dilipat masa berlatih, warga maya luah rasa kagum

Iklan

Sumber: Astro Awani

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Artikel Menarik

Terkini

Dari Penulis