ULAR yang menyusur akar tidak akan hilang bisanya.

Lawatan mengejut Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar baru-baru tular di media sosial.

Khairy muncul di Hospital Kajang pada 1.30 tengah hari Sabtu lalu bertemu dengan doktor, jururawat dan petugas kesihatan untuk mendapat gambaran sebenar keadaan di hospital terbabit.

Difahamkan lawatan Khairy hadir ke hospital berkenaan secara ‘senyap-senyap’ bersama seorang pegawai meraih pujian warganet.

Baca juga Lapor Diri Hari Pertama Di KKM, KJ Sifatkan Tugas Paling Mencabar Dalam Karier

Tidak sekadar mendapat perhatian netizen, atlet terjun negara, Pandelela Rinong juga mendedahkan sikap sebenar bekas Menteri Belia dan Sukan itu.

Menerusi ciapan di Twitter, Pandelela mendedahkan sikap Khairy sewaktu menteri berkenaan memegang portfolio Belia dan Sukan.

Baca juga Miliki 2 Pingat Olimpik, 7 Dari Kejohanan Dunia, 16 Fakta Pandelela Yang Mengagumkan

Iklan

Menurutnya Ahli Parlimen Rembau itu pernah membuat lawatan ke kolam renang tanpa pengumuman.

“Saya masih ingat YB @Khairykj datang ke kolam renang tanpa sebarang pengumuman atau rombongan, dengan santai menonton pertandingan di tempat duduk penonton biasa,” tulis Pandelela di Twitter.

Iklan

Hantaran Pandelela mendapat pelbagai reaksi daripada wargamaya. Rata-rata teruja dengan tindakan Khairy itu.

Ia sekali gus memberitahu netizen lawatan mengejut yang dilakukan bukanlah sesuatu yang baru dalam gerak kerja Khairy.

Rata-rata menzahirkan lawatan kerja yang formal kadangkala tidak mencapai sasaran untuk mengetahui masalah yang dialami di akar umbi.

Sumber: Twitter Pendelela Rinong