Pelajar Malaysia di India akhirnya dapat pulang ke tanah air

No Image Caption
A
A
A

TANGGAL 1 Mei lalu, para pelajar Universiti Sains Malaysia (USM) kampus Karnataka Lingayat Education (KLE), Belgaum, telah dimaklumkan oleh pihak Kedutaan Malaysia di India bahawa terdapat satu pesawat yang bakal berlepas dari Kuala Lumpur, Malaysia ke Jordan untuk satu misi bantuan ke Palestin.

Untuk penerbangan pulang pula, pesawat akan ke Lapangan Terbang Goa, India sebelum ke Kuala Lumpur International Airport (KLIA).

Menurut pelajar tahun akhir jurusan perubatan USM-KLE, Ridzuan Jamian, melalui platform Facebook, tujuan pesawat tersebut singgah ke Goa adalah untuk memberi peluang kepada pelajar di Belgaum , India yang ingin pulang ke Malaysia.

Kata pihak Kedutaan Malaysia di sana, terdapat 345 tempat duduk dan ia adalah percuma. Namun, semua pelajar USM-KLE yang masih di Belgaum ketika itu adalah seramai 355 orang.

“Jadi, siapakah 10 orang yang harus tinggal di India?,”.

Itulah soalan pertama bermain difikirannya.

Setelah difikirkan masak-masak, akhirnya keputusan dibuat, kesemua pelajar tahun akhir mengambil keputusan untuk terus tinggal di India sehingga tamat pengajian yang dijadualkan pada bulan September akan datang.

Dalam pada itu, seorang lagi rakannya yang berada di tahun keempat pengajian di universiti yang sama, Faiq Nuqman, menzahirkan rasa syukur setelah berjaya ‘mendarat’ di Malaysia seminggu yang lalu dan kini sedang dalam tempoh kuarantin di Kuala Lumpur.

“ALHAMDULILLAH, sebanyak 11 bas disewa bagi membawa pelajar ke Lapangan Terbang Goa dan saya bernasib baik sempat balik sekejap walaupun tempoh kuarantin saya akan tamat selepas hari raya.

“Saya tiba di tanah air pada 12 Mei lalu dan kini sedang dalam fasa berpuasa dan perlu menjalani tempoh kuarantin selama 2 minggu sebelum dibenarkan pulang ke rumah,” kata Faiq ketika berkongsi di Instagram miliknya.

Gambar: Sumber internet

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca