Pelajar Tingkatan 2 jual burger mangsa kecurian, tak sangka ini terjadi
BARU-BARU ini tular di media sosial, seorang remaja yang berniaga burger menjadi mangsa kecurian.
Rupa-rupanya remaja tersebut adalah seorang pelajar Tingkatan Dua, Muhammad Nor Faizal Nordin.
Portal tempatan melaporkan, Muhammad Nor Faizal menjadi mangsa kecurian di Jalan Nuri Seksyen 7, Kota Damansara Petaling Jaya ketika berkerja sambilan menjual burger sewaktu cuti sekolah.
Difahamkan kejadian itu berlaku pada pukul 1 pagi, ketika dia meninggalkan gerainya untuk ke tandas.
Antara barang yang hilang adalah telefon bimbit, wang tunai dan barang-barang jualan.
Namun yang menariknya, berita kecuriannya itu turut mendapat perhatian daripada Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Nik Ezanee Mohd Faisal.
Menerusi laman Facebook Polis Daerah Petang Jaya, beliau meluangkan masa mengunjungi Muhammad Nor Faizal.
Baca juga McDonald’s ‘belanja’ 35,000 set Happy Meal, ceriakan anak yatim
Katanya, atas dasar prihatin, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya telah menyumbangkan sebuah telefon bimbit kepada mangsa.
Menurutnya, ia bagi memberi semangat kepada remaja itu untuk terus cekal dalam menghadapi cabaran di dalam kehidupan.
"Dengan hanya usaha kecil, namun tidak ramai orang yang memanfaatkan peluang itu untuk mengubah dunia, hanya satu kebaikan sehari," tulisnya.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang