KARTUNIS, karikatur, pelukis, Kartekana atau nama sebenarnya Ishak Ismail meninggal dunia di Hospital Selayang pagi tadi.

Berita duka tersebut dikongsikan oleh Pengurus Kanan Tugas-Tugas Khas Sinar Karangkraf, Hashim Anang.

“Al-Fatihah (mohon dibaca) . Innalillahi wainnaillahirojiun. Allahuakbar… Subhanallah… Dukacita dimaklumkan Kartekana @ Haji Ishak Ismail telah kembali menemui pencipta-Nya menjelang subuh tadi pada jam 3.33 pagi.

“Sama samalah kita doakan semoga beliau dirahmati dan dikurniakan kemuliaan di sisi ALLAH dan RasulNya.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Pelukis Kartekana meninggal dunia

Iklan

“Baru bercakap dengan Tasha anak sulong arwah, ayahnya dikejarkan ke Hospital Selayang pada jam 10 malam tadi dan menghembuskan nafas akhir jam 3.33 pagi.

“Asbab kompliksi jantung. Jenazah masih di hospital dan akan dibawa ke rumahnya di Taman Tun Dr Ismail dan akan disemadikan di Bukit Kiara,” katanya.

Allahyarham dan isteri merupakan antara angkatan karyawan paling awal dan lama berkhidmat dengan Kumpulan Karangkraf.

Iklan

Moga rohnya dicucuri rahmat ALLAH.