Pernah tolak IPTA kerana tiada duit, tak pernah memberontak – Ibu dedah suspek anak yang baik

Pernah tolak IPTA kerana tiada duit, tak pernah memberontak - Ibu dedah suspek anak yang baik
November 5, 2020
Oleh Faezah Muda

EKORAN kes bunuh Siti Nur Surya Ismail yang ditemui mati dengan kesan tetakan, pihak polis telah menahan seorang kawan baik Allahyarhamah.

Terbaru, ibu suspek itu membuat pendedahan bagaimana anaknya boleh menyerah diri dan mengakui tidak lakukan perbuatan terkutuk itu.

Menurutnya, anaknya seorang yang baik dan tidak pernah memberontak.

Iklan

Katanya, beliau akan terus berdoa kakak (suspek) tidak salah dan nalurinya tetap menyatakan kakak tidak salah walaupun satu dunia kata dia salah.

Menurutnya, anak sulung yang mesra dipanggil kakak merupakan anak harapannya yang baik kerana dia tidak pernah merungut dengan kemiskinan mereka meskipun pernah terpaksa tangguhkan bayaran duit yuran sekolahnya kerana tidak ada duit.

Kakak juga pernah menolak beberapa tawaran melanjutkan pengajian ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) kerana tidak ada duit tetapi dia tidak pernah tunjuk tanda-tanda protes malah kakak pula pujuk ibu, supaya jangan rasa bersalah dengan keputusan dibuatnya.

Baca juga Ini kronologi pembunuhan kejam remaja ditetak, dikelar dan putus tangan

Iklan

Tambah ibu itu lagi, anaknya tidak pernah merungut atau malu walaupun mengenakan pakaian sama sahaja yang disedekahkan oleh orang ramai.

Sementara itu, ibu ini sempat memberitahu bahawa anaknya mengambil keputusan tampil ke balai polis secara sukarela. Dia mengajak ibunya ke balai polis tanpa dipujuk dan dipaksa.

“Saya masih ingat lagi lepas solat subuh (Isnin) iaitu kira- kira jam 6.30 pagi, kakak dah tunggu dekat ruang tamu dan lepas nampak saya siap solat, terus dia bagitahu nak ke balai polis.

“Dia yang ajak saya tapi masa tu saya tak terfikir apa pun dan menurut sahaja ajakannya tetapi beberapa minit selepas berjumpa dengan polis, saya diberitahu yang kakak terpaksa ditahan untuk siasatan lanjut,” katanya kepada Sinar Harian.

Sepanjang perjalanan menuju ke balai polis, anaknya turut mengaku tidak melakukan perbuatan itu dan dia yakin anaknya tidak menipu.

Sementara itu, jirannya turut memberitahu bahawa suspek seorang budak baik dan bukan budak liar seperti didakwa netizen.

Beliau berharap agar orang ramai agar tidak menyebarkan fitnah terhadap keluarga mereka dan biarlah pihak berkuasa yang menjalankan tugas menyiasat.

Iklan