Pernah tular bersanding atas katil, isteri reda suami pergi selepas sebulan nikah

A
A
A

PERNAH tular bulan lalu, pasangan pengantin bersanding di atas pelamin meskipun si suami terpaksa berada dalam keadaan berbaring kerana sakit.

Pasangan itu perhatian orang ramai yang mendoakan agar perkahwinan yang dibina oleh mereka berkekalan hingga ke syurga.

Namun hanya sebulan menjalani bahtera perkahwinan, Siti Marha Azuar diuji dengan pemergian suami tercinta, Mohd Hashmi Ariffin disebabkan kanser otot (Leiomyosarcoma) tahap empat, 7 Disember lalu.

Berita sedih itu dikongsi olehnya menerusi satu muat naik video di TikTok yang meminta orang ramai untuk mendoakan ketenangan arwah suaminya.

Menerusi video berkenaan, Siti Marha turut menunjukan saat-saat akhir keranda suaminya diangkat oleh sekumpulan lelaki untuk dimasukkan ke dalam van jenazah.

"Semoga khusnul khotimah, rohnya dicucuri rahmat dan magfirah dan amalannya diterima," tulisnya.

Baca juga Gugur air mata, pengantin lelaki peluk ibu minta restu sebelum akad nikah sentuh hati warga maya

Kredit foto: TikTok marhashmi121122

Selain itu, Siti Marha turut berkongsi video detik perkenalan mereka.

"Sangat sangat rindu detik ini, saya kenal awal sebab nak tolong awak pulih balik, aja awak berjalan 'from walking frame to elbow crutches' dan saya tak sangka boleh latih awak sampai tak perlu pakai tongkat.

"Tapi apakan daya kita nak tolak takdir, keadaan awak tak mengizinkan (February rehab moment)," kongsinya.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang mengucapkan takziah kepada Siti Marha dan mendoakan agar roh suaminya ditempatkan di kalangan orang yang beriman.

"Salam takziah, puan... saya doakan puan diberikan hati yang sentiasa tabah."

Baca juga Pengantin Indonesia gayakan busana versi Malaysia raih perhatian, dipuji ramai

"Baru lalu kat TT aku baru nak nikah. Ni dah tak ada. Takziah untuk keluarga... Semoga arwah ditempatkan bersama orang beriman."

"Semoga mendapat khusnul khotimah dan ditempatkan dikalangan para syuhadah."

"Takziah, bukan mudah hilang suami, kalau perlu menangis, menangislah, jangan paksa diri kuat. ALLAH ada, ALLAH Maha Kuat.

"Salam takziah buat keluarga sis dan al-Fatihah buat arwah... semoga sis tabah menghadapi semuanya."

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca