SEPERTI ramai sedia maklum, penganjuran majlis perkahwinan, pertunangan dan resepsi tidak dibenarkan di beberapa buah negeri sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ekoran penularan pandemik Covid-19.

Majlis akad nikah yang berlangsung di rumah atau masjid juga hanya boleh dihadiri 20 individu termasuk pengantin.

Hal tersebut adalah kerana ia melibatkan perhimpunan ramai yang disenaraikan sebagai aktiviti terlarang di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

Namun, bagi sepasang pengantin baharu dari Kampung Alor Keladi, Langgar, Kedah pula memilih untuk mengadakan majlis kenduri kahwin mereka di Pasar Tani Taman Wira Mergong bagi meraikan pengunjung dan rakan-rakan peniaga.

Memetik laporan portal media tempatan, Nur Syuraya Ramli, 21, berkata, majlis terbabit mula dirancang selepas kerajaan mengumumkan pelaksanaan PKPB di Kedah.

Katanya, majlis akad nikah bersama pasangannya Muhd Safuan Muhd Azli, 25, telah selamat diadakan pada Jumaat lalu di Masjid Padang Petani beserta kenduri kecil-kecilan di rumah untuk sanak saudara.

Iklan

SEPERTI ramai sedia maklum, penganjuran majlis perkahwinan, pertunangan dan resepsi tidak dibenarkan di beberapa buah negeri sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ekoran penularan pandemik Covid-19.

Iklan

“Disebabkan perlu menjaga SOP (prosedur operasi standard) termasuk menghadkan jumlah tetamu jadi kami sekeluarga tidak dapat menjemput rakan-rakan di pasar tani.

“Jadi kami mengambil keputusan untuk mengadakan majlis kedua di sini termasuk memakai pakaian pengantin untuk menghidupkan suasana majlis perkahwinan,” katanya.

Menurut Nur Syuraya, bapanya Ramli Ahmad 51, merupakan peniaga air di pasar tani berkenaan lebih 20 tahun lalu dan ia sekali gus menyebabkan hubungan sesama mereka sangat akrab.

“Peniaga di sini sudah seperti keluarga kami, sebab itu terasa ralat kalau mereka tidak ada bersama-sama di hari bahagia saya dan suami,” katanya lagi.

Sumber : astroawani