Potensi menyerlah! Jaguh muda 18 tahun layak ke Olimpik Paris 2024, 8 info menarik Ariana Nur Dania

A
A
A

KECIL-kecil cili padi! Baru mencecah 18 tahun, Ariana Nur Dania Mohd Zairi membuktikan keupayaan  dengan melepasi kelayakan ke Sukan Olimpik Paris 2024.

Anak muda berbakat ini mencipta sensasi selepas mara ke final Kejohanan Kelayakan Benua Asia di Bangkok, Thailand.

Pada aksi separuh akhir, jaguh muda pemanah recurve wanita negara itu tidak mempunyai masalah menewaskan pemanah Iran, Yasna Pour Mahani.

Ariana berjaya 'membaham' pemanah Uzbekistan, Ziyodakhon Abdusattorova, 7-3 dan sekali gus dinobatkan sebagai juara keseluruhan.

Berikut lapan fakta menarik beliau:

1-Ariana merupakan pelajar Diploma Teknologi Kejuruteraan (Reka Bentuk dan Pembuatan Produk) German-Malaysian Institute (GMI).

2-Ariana yang kini berada di semester pertama adalah pelajar institusi pengajian itu yang pertama mewakili Malaysia dalam Sukan Olimpik.

3-Remaja ini pernah terfikir untuk berhenti dalam karier memanah, namun ibu menjadi pemangkin Ariana untuk meneruskan karier dalam sukan memanah sehingga kini.

4-Beliau mula berjinak-jinak sebagai atlet sukan memanah seawal usia 10 tahun.

Baca juga: An Najwa, Nurul Ajeerah sedia berentap di gelanggang NSL 2023. Kehadiran pemain import bakar semangat

Baca juga: Miliki 2 pingat Olimpik, 7 dari kejohanan dunia, 16 fakta Pandelela yang mengagumkan

Baca juga: Tahniah! Badminton beregu wanita mara peringkat akhir Sukan Komanwel, 10 fakta menarik M.Thinaah, Pearly Tan

5-Jurulatih memanah kebangsaan, Wan Khalmizam Wan Abdul Aziz  mendedahkan rahsia kejayaan Ariana ialah daya fokus yang sangat kuat biarpun terdapat gangguan daripada faktor luaran.

6-Wan Khalmizam turut mendedahkan Ariana memiliki semangat luar biasa apatah lagi sanggup menyertai kejohanan pada musim peperiksaan.

7-Pemanah muda ini meraih mata keseluruhan 649 mata untuk rekod baru kebangsaan bagi acara recurve wanita 649 mata ketika pusingan kelayakan dari jarak 70 meter.

8-Lebih membanggakan, Ariana secara merit menjadi wakil keempat negara mengesahkan kedudukan untuk beraksi di temasya empat tahun sekali itu Bertrand Rhodict Lises daripada sukan terjun, Nur Shazrin Latif (pelayaran) dan Jhonathan Wong (menembak).

Temasya Olimpik Paris 2024 akan berlangsung pada 26 Julai 2024 hingga 11 Ogos 2024. SinarPlus mengucapkan all the best buat Ariana!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca