USAHAWAN Datuk Seri Vida terkenal dengan sifatnya yang pemurah. Baru-baru ini, ahli perniagaan itu berkongsi pusat tahfiz yang sedang dibangunkan hampir siap sepenuhnya.

Menerusi sebuah video di laman sosial TikTok, ibu kepada empat cahaya mata tu mendedahkan kos penubuhan pusat tahfiz tersebut ditanggung beliau dan syarikat miliknya.

Vida atau nama sebenarnya Hasmiza Othman, 52, berkongsi pemandangan bahagian hadapan bangunan berkenaan.

Biarpun lebih 10 tahun pemergian, dua anaknya yang telah meninggal dunia sentiasa dalam ingatan.

Dalam video sama, Vida berkata dia akan menamakan pusat tahfiz tersebut dengan nama dua orang arwah anaknya iaitu Muhammad Edrie Zikrie dan Muhammad Eddie Zuhdie.

“Dulu saya nak letak nama tahfiz ini Tahfiz DSV, tetapi saya tukar kepada nama dua putera saya di syurga. Jadi namanya Al Zuhdie Wa Zikrie,” tuturnya.

Baca juga: Meninggal dunia kebakaran dikira mati syahid, ini penerangan agamawan

Baca juga: Sempat tunai hajat anak, wartawan kritikal di London meninggal dunia, sel kanser merebak seluruh badan

Baca juga: Kasihnya ibu, duduk rumah jagaan bersama tetap manjakan anak usia 80 tahun

MENINGGAL DUNIA DALAM KEBAKARAN

Terdahulu Muhammad Edrie Zikrie dan Muhammad Eddie Zuhdie serta seorang pekerja, Mohd Nor Syamil, telah meninggal dunia dalam kebakaran di sebuah rumah teres dua tingkat di Meru Hills, Taman Meru, Ipoh pada Ogos 2013.

Ketika itu, Muhammad Eddie Zuhdie berusia 11 tahun manakala anaknya, Muhammad Edrie Zikrie berusia 10 tahun. Dalam tragedi yang menyayat hati itu, kedua-duanya ditemui dalam bilik air di tingkat atas rumah berkenaan pada jam 9.20 malam.

Kebakaran itu memusnahkan hampir keseluruhan bahagian tepi teres dua tingkat yang digunakan sebagai asrama untuk kakitangan.

Menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat Ipoh, terdapat beberapa letupan kecil ketika kebakaran dan api agak besar.

Iklan

Ketika kejadian, Vida dilaporkan berada di Pulau Pinang.

Baca juga: Tak cukup dengan maahad, pengacara TV Al-Hijrah, Nur Nadhrah pasang impian murni buka wisma tahfiz lebih besar

Baca juga: ‘Saya mohon maaf, niat hanya satu kerana ALLAH SWT’ Datuk Seri Vida

Pemergian Muhammad Edrie Zikrie dan Muhammad Eddie Zuhdie sentiasa dikenang Vida.

Malah beliau pernah mendedahkan fizikal jenazah anaknya tidak hangus atau tercalar biarpun maut dalam kebakaran.

Iklan

Dua anak dijemput ALLAH, Vida kini menumpahkan sepenuh kasih sayang buat dua cahaya matanya iaitu Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin yang dikenali sebagai Cik B dan Muhammad Eric Zaquan Mohd Amin atau Kacak.

Sumber: TikTok

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mallsekarang!