AKIBAT berkelakuan biadap terhadap frontliner ketika berusaha melakukan ujian swab Covid-19, seorang remaja di Instagram yang dikenali sebagai Syed Syafiq dikejam teruk oleh warganet.

Sewaktu melakukan ujian swab tersebut, pihak Syafiq sempat merakamkan situasi itu dan berlaku juga perselisihan faham antara dia dan pihak frontliner ketika ujian itu dibuat.

Rakaman tersebut kemudiaan dikongsi kepada umum melalui Insta storynya semalam dan kini telah tular serta mendapat pelbagai pandangan dan reaksi orang ramai.

Perbalahan berlaku apabila Syafiq mendakwa jururawat yang bertugas melakukan ujian swab Covid-19 terhadapnya telah bertindak kasar sehingga mengakibatkan matanya berair.

Ternyata tindakan tersebut memberi kesan sebaliknya kepada Syafiq sendiri apabila warganet rata-rata langsung tidak bersetuju dengan tuduhan yang dilemparkan.

Warganet ternyata menyebelahi fronliner tersebut dah menyifatkan tindakan Syafiq adalah satu perbuatan biadap dan kata-kata keji yang ditulis untuk ditujukan kepada jururawat tersebut sangat tidak sewajarnya.

Setelah seharian dia memuat naik video tersebut dan mendapat kecaman hebat warga maya, akhirnya Syafiq tampil memohon maaf dengan memuat naik satu posting di Instagram miliknya malam tadi

Demi menjernihkan keadaan, Syafiq tampil untuk menjelaskan apa yang terjadi selepas insiden tersebut tular di media sosial.

Melalui posting yang ditulis di Instagram, dia telah menemui semula pihak jururawat tersebut untuk berbincang dan menyelesaikan isu yang semakin diperbesarkan di media sosial secara baik.

“Dengan ikhlas, saya memohon maaf kepada kedua-dua petugas jururawat. Seharusnya saya bertindak lebih memahami terhadap keadaan petugas semasa mereka sedang bekerja dan di bawah tekanan.

“Saya benar-benar memohon maaf kepada mereka berdua dan kepada mana-mana ahli frontliner yang kini terpaksa berkorban masa, tenaga dan keselamatan mereka demi menjamin keselamatan orang lain.

“Saya menyesali perbuatan saya dan kelakuan biadap yang tidak menghormati mereka yang menjalankan tugas.. saya sedar akan perbuatan tersebut dan saya akan cuba memperbaiki diri.

“Kamu boleh katakan apa saja tentang saya dan sebarkan apa yang kamu inginkan mengenai saya.

“Saya tidak perlu memintak maaf kepada semua orang yang memaki saya kecuali kepada dua orang jururawat yang terlibat.

“Saya anggap ini sebagai sebahagian daripada proses mendewasakan diri. Kita melakukan kesalahan supaya kita boleh belajar. Itu adalah kehidupan,” tulisnya di Instagram.

Dalam perkongsian itu juga, Syafiq turut memuat naik gambar Ibu Pejabat Polis Daerah Tawau.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Syed Syafiq (@imsyedsyafiq)