'Saham suami orang tinggi, ujian seorang wanita adalah lelaki' - Ustaz Wan Akashah

'Saham suami orang tinggi, ujian seorang wanita adalah lelaki' - Ustaz Wan Akasyah
'Saham suami orang tinggi, ujian seorang wanita adalah lelaki' - Ustaz Wan Akasyah
A
A
A

'Saham suami orang tinggi, ujian seorang wanita adalah lelaki' - Ustaz Wan Akasyah

SEJAK dua menjak ni kecoh satu Malaysia kes suami orang jadi rebutan.

Orang tu suka orang ni, orang tu kahwin dengan suami orang ni. Eh macam-macam hal la. Dah jadi trend ke macam mana ni?

Betul ke lelaki bila sudah menjadi status suami orang, saham makin tinggi?

Penceramah dan pakar motivasi keluarga, Ustaz Wan Akashah Wan Abdul Hamid, ada jawapannya.

"Suami orang ni saham tinggi sebab dia ada pengalaman macam mana nak tackle seorang wanita dan isteri.

"Dia pandai menghargai, menghormati, ambil hati dan melayan.

"Bila kita dah jadi suami, kita dah ada pengalaman macam mana kita melayani seorang wanita. Bagaimana kita nak hargai seorang isteri," ujarnya dalam program Borak Bibir Merah di Facebook SinarPlus hari ini.

Baca juga Ini petua rumah tangga kebal elak ‘disondol’, point nombor 5 suami wajib buat

Foto fail

Justeru, kepada lelaki yang ada keinginan memiliki lebih daripada satu isteri supaya lihat kemampuan diri.

"Kita jika nak sesuatu benda itu, kita tengok diri kita berkemampuan atau tidak. Kalau kita ada kemampuan, silakan.

"Tapi jika tiada kemampuan, kita elakkan sebab kita berumah tangga kita ada isteri atau suami, semua itu merupakan amanah yang akan dipertanggungjawab di akhirat nanti.

"Bukan kita suka-suka sahaja seronok, tapi itu adalah amanah yang berat yang akan ditanya oleh ALLAH nanti," ujarnya.

Baca juga ‘Kita isteri jangan kalah dengan skandal’, Bienda mohon wanita jangan lepas tangan, pantau suami

Dalam pada itu, Ustaz Wan Akashah turut berpesan kepada

Jika isteri pertama tidak izinkan wanita yang tersuka suami, adakah perlu sebenarnya wanita itu undur diri untuk redakan keadaan?

Kita bila nak berkahwin kita mahukan kebahagiaan. Sekiranya bila tersuka suami orang ni, ada pro dan kontra.

Sekiranya keburukan mengatasi kebaikan maka kita berundurlah. Sebaliknya jika kebaikan mengatasi keburukan maka teruskan.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca