Warganet kesal sampah bersepah tepi bahu jalan, Roadcare mohon sama jaga kebersihan
Foto atas: Twitter Roadcare BentongRaub@RoadcareP4 pada 30 Julai 2020 & sumber Facebook
PENINGKATAN jumlah kenderaan pada musim perayaan dan hujung minggu memang kebiasaan pada setiap tahun.
Tambahan pula umum maklum, kebanyakan kita tak dapat 'beraya' pada Syawal lalu dek perlu mematuhi arahan Perintah Kawalan Pergerakan, gamaknya Raya Haji ini kali ini ramai yang nak 'balas dendam'.
Selain beraya, ramai yang mahu bercuti bagi memenuhi masa hujung minggu yang ada. Sudah tentulah jumlah kenderaan meningkat. Pusat rehat dan rawat (R&R) pula tak semua mampu menampung jumlah pengguna jalan raya yang ramai pada satu-satu masa.
Justeru tidak mahu bersesak, ramai yang memilih berhenti rehat di bahu-bahu jalan.
Malangnya selepas melepaskan lelah dan tidak mustahil tak kurang juga mungkin ada yang melepaskan hajat di lokasi berkenaan, sampah sarap terutama seperti bungkusan makanan, tin dan botol minuman serta pelbagai lagi ditinggalkan di tepi jalan dan bersepah begitu saja.
Rupanya mentaliti kelas ketiga masyarakat kita masih tidak berganjak. Tetap 'padu' di situ biarpun kita sudah hampir ke penghujung tahun 2020 alaf baru ini. Sedihnya...
Bila berlaku perkara sebegini masih nak salahkan warga asing misalnya? Dah tentu-tentu mereka tak balik kampung di sini, atau bebas memandu kenderaan peribadi begitu saja.
Itu jualah yang dikesalkan oleh sebahagian besar warganet tatkala pihak berkenaan berkongsi tentang keadaan tepi bahu jalan yang bersepah dengan sampah sarap ini seperti Roadcare BentongRaub.
Roadcare BentongRaub@RoadcareP4 pada 30 Julai lalu berkongsi di ciapan Twitter nya:
#teamroadcare mengutip sampah yang dibuang di bahu jalan #ft34 #CSR
Mohon kita semua bersama jaga kebersihan persekitaran kita.
Dalam pada itu Roadcare BentongRaub turut berkongsi foto bahu jalan yang dipenuhi sampah dan dipungut oleh kakitangannya.
Kesal dengan keadaan itu, berikut antara komen kesal warganet:
ya setiap tahun.. benda yg sama berlaku. tahun depan & 2,3 tahun akan datang pun mesti berlaku lagi. mentality kelas kedua.. apa salahnya sampah tu letak dalam plastik ikat simpan dulu dalam kereta setannn... dah sampai destinasi atau petrol pump buang lah.
Mmg perasan masa balik raya ke kg mertua ari rabu aritu, byk kereta berhenti tepi jalan tu.. Entahla.. Susah nk ckp.. Semuanya datang dr sikap, didikan orang tua.. Kalau dah dibudayakan sejak kecil.. Mmg sap bawa ke besar..cikgu sendiri pun ajar di sekolah bersihkan kelas, siap ada jadual tugasan kebersihan setiap hari.. Tp nmpknya kesan/nilai tak smpi ke hati ?
Rakyat selalu merungut mahukan pemimpin yg baik. Sebenarnya pemimpin yg baik dtgnya drpd sikap rakyat yg baik terlebih dahulu.
Sama2 kita ambil Iktibar. Berubah ke arah lebih baik dan baik lagi.
Sedihkan...ramai pong pang kata org luar yg dtg pengotor..tp xnak cermin diri sendiri..kita punyalah jaga sehelai tisu pun sanggup simpan. Kalau berhenti tempat rehat atau mana2 yg ada tong sampah. Lg sedih bila ada yg kita kenal yg ada perangai mcm ni..?
Kebanyakkan yang dibuang adalah botol2 minuman .. tin2.. maybe malaysia patut mula buat mcm europe.. setiap botol soft drinks.. tin.. mineral or drinking water letak harga kat situ so lepas minum pergi jual kat mesin2 yng ada kat giant ke.. econsave ke.. atau mana2 mart. Dpt duit.. Rasanya kalau buat mcm tu, orng x akan buang lg rata2 .. klu ada pun..ramai je yng tolong kutip sbb bila masuk mesin tu dpt duit balik.. contoh mcm botol coke nie..
Dlm keta nak bersih..tapi buang sampah merata2. Ni diri sendiri x de displin. Jenis pentingkan diri sendiri. Jgn salahkn cikgu lah..ibubapa lah...ni diri sendiri...sikap sendiri.
Knp nk salahkn kerajaan..guru2 di sekolah ke..yg buat salah diri sendiri..x usah nk salahkn sesiapa...
Ni tntang didikan awal yg bermula dari rumah..
'sivic minded' tak ada..
Ada segelintir rakyat Malaysia yg masih lgi tidak bertamadun..tak bertanggungjawab..tak ada kesedaran
kena ikut mcm jepun. Bile masuk sekolah rendah,deme fokuskan kpd pembentukan jati diri dlm kanak2 instead of dpt UPSR 5A shj tp sikap pembersih & tanggungjwb dlm diri tak diasuh sejak kecil. Sbb tu generasi semua lingkup
Harapan SinarPlus moga ramai yang pulang bercuti hari ini, esok atau lusa janganlah lagi ada lagi yang buat perangai macam ni. Berubahlah! -AG #JanganPutusAsaMalaysia
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang