[VIDEO] Sanggup conteng di lantai asalkan pelajar mudah faham, anak terharu kegigihan ayah mengajar

A
A
A

SESI pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) memerlukan kesungguhan daripada pelbagai pihak iaitu guru, pelajar dan ibu bapa.

PdPR yang diumumkan disambung sehingga bulan Julai ini terus memberi cabaran.

Timbul kerisauan bagi sesetengah guru jika sekiranya ilmu yang diajarkan sukar untuk difahami anak didik. Cabaran ini membuatkan guru mencuba pelbagai cara untuk mengajar secara dalam talian.

Perkongsian daripada seorang gadis dari Sandakan, Sabah ini menyentuh hati ramai. Dia mengagumi kegigihan bapanya yang juga seorang guru ketika menghasilkan nota subjek Ekonomi untuk pembelajaran kelas dalam talian.

Baca juga Sanggup Berhabis Duit, Sewakan Rumah Untuk Pelajar Hampir 2 Bulan, Pengorbanan Guru Ini Buat Netizen Sebak

Menerusi perkongsian di TikTok, gadis yang dikenali sebagai Aina itu memuat naik sebuah video memaparkan bapanya cikgu Abidin ‘menconteng’ lantai jubin atau mozek di rumah mereka dengan menggunakan pen marker.

Menurut Aina, gambar  angkah pengiraan pada lantai kemudian dirakamkan dan diedarkan kepada pelajar bagi membantu pemahaman mereka.

Gadis ini juga turut memaklumkan yang dia sudah menyediakan papan putih tetapi bapanya lebih selesa menulis di atas lantai mozek kerana subjek berkenaan membabitkan cara pengiraan yang panjang.

Aina bersama bapanya, Cikgu Abidin.

Video berdurasi 27 saat tersebut meraih 1.1 juta tontonan dan menerima lebih 150,000 tanda suka. Ribuan komen netizen yang memberikan pelbagai reaksi terhadap tindakan bapanya itu.

https://www.tiktok.com/@ainaabdn7/video/6974299399245548802?lang=en&is_copy_url=0&is_from_webapp=v1&sender_device=pc&sender_web_id=6969853329165813250

Warga maya kebanyakannya meluahkan rasa hormat terhadap cikgu Abidin yang memiliki pengalaman selama 30 tahun dalam bidang pendidikan. Tidak kurang juga yang terharu dan memuji keikhlasan beliau dalam menggalas tugas demi kejayaan anak didik pada masa hadapan.

Tugas mendidik bukanlah mudah tambahan pula perlu dilakukan secara dalam talian. Namun kepuasan dan kegembiraan pasti terukir pada wajah mereka apabila melihat kejayaan pelajar dalam bidang yang diceburi.

Sumber: TikTok@ainaabdn7

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca