Santuni anak yatim, Hospital Pakar KPJ Rawang prihatin nasib masyarakat

A
A
A

MENJENGAH ke bulan Ramadan, pastinya umat Islam akan berlumba-lumba melakukan ibadah dan amal kebajikan bagi merebut keberkatan serta ganjaran yang besar yang dijanjikan ALLAH.

Selain menggandakan ibadah, amalan mulia yang amat digalakkan adalah bersedekah kepada golongan memerlukan.

Baru-baru ini, Hospital Pakar KPJ Rawang telah meraikannya dengan mengadakan Program Kasih Ramadhan 2021 bersama anak-anak Asrama Damai Anak-Anak Yatim, Kuang, Selangor.

Program amal berkenaan melibatkan seramai 70 orang anak-anak penghuni asrama berumur dari 6 hingga 17 tahun, kata Ketua Pegawai Eksekutifnya, Christine Chew.

"Ini merupakan antara aktiviti tanggungjawab sosial korporat oleh pihak pengurusan dan doktor-doktor Pakar KPJ Rawang untuk berkongsi kegembiraan bersama golongan yang kurang berkemampuan untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba tidak lama lagi," katanya.

Selain sumbangan duit raya kepada anak-anak yatim terlibat, turut disampaikan barangan keperluan asas seperti beras, biskut dan minyak masak untuk keperluan harian asrama.

"Ia sedikit sebanyak membantu pihak asrama dalam menyediakan juadah dan persediaan harian kepada semua anak yatim yang menghuni disini," katanya lagi.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca