MAJALAH Nona cukup dikenali menerusi penganjuran Nona Superwoman Award.

Berdasarkan rekod, majlis itu sudah dijalankan sebanyak tiga kali bermula pada tahun 2018, 2020 dan 2022.

Ia dilaksanakan bertujuan memperkasakan golongan wanita dalam pelbagai bidang, sekali gus menyuntik inspirasi kepada individu lain.

Terbaharu, portal yang sinonim dengan tagline Realiti Impian Wanita itu menganjurkan The Enchanted Night NONA x Mirage by Pak Abu.

nona

Baca ni Nona Superwoman Award 2022 terus mengangkat martabat kaum wanita, iktiraf 50 individu cemerlang

Majlis tersebut adalah bermatlamat meraikan golongan wanita yang sebelum ini pernah diiktiraf dalam Nona Superwoman Award.

Zebra Square Kuala Lumpur menjadi lokasi pilihan yang turut menyaksikan pelancaran rasmi kempen Nona No 1 Inspirasi Wanita.

Program tersebut antara lain mahu menjadikan Nona sebagai pemangkin kepada kaum wanita untuk berjaya dalam bidang masing-masing.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Nu Ideaktiv Sdn Bhd, Syamil Fahim, kuasa wanita pada hari ini tidak dapat disangkal lagi.

“Buktinya ramai kaum Hawa menjadi usahawan yang berjaya dan mula menguasai bidang yang dulunya didominasi oleh kaum lelaki seperti politik, sukan, media, keusahawanan dan sebagainya.

nona

Baca lagi Pencarian Nona Superwoman cungkil potensi usahawan wanita

“Justeru, kejayaan mereka ini menjadi sumber inspirasi dan semangat kepada wanita lain untuk lebih berjaya.

“Golongan ini juga mampu menjana ekonomi setempat, di samping dapat meningkatkan keterampilan, pengetahuan dan kesejahteraan,” ujar beliau ketika berucap.

nona

Majlis berkenaan turut diserikan dengan kehadiran tetamu jemputan dalam kalangan wanita yang berjaya dalam bidang masing-masing.

Iklan

Antaranya seperti Datin Amyera, Nur Amirah, Datin Za Glow Glowing, Liza Hanim, Fouziah Gous, Ifa Raziah, Bellapark, Puan Sri Syazara Aisha, Mawar Rashid, Datuk Seri Vida dan Kachak, Dr Soo Wincci, Rizman Ruzaini, Datin Ayu Roslan Bokitta dan ramai lagi.

SATUKAN WANITA HEBAT

Sementara itu, Ketua Perniagaan (Wanita), Nu Ideaktiv, Kiffy Razak berkata, The Enchanted Night NONA x Mirage by Pak Abu diadakan sebagai usaha untuk menyatukan wanita-wanita hebat daripada pelbagai bidang di Malaysia.

“Dengan adanya hubungan ini, majalah Nona menjadi sebagai satu platform dan penanda aras wanita sukses serta media gaya hidup paling dipercayai yang dapat saling membantu antara satu sama lain. Pada masa sama, ia dijadikan medan dalam membantu masyarakat melalui pelbagai program tanggungjawab sosial. korporat,” katanya.

Baca lagi Beauty with brains, anak bongsu Maria Arshad raih ijazah universiti Australia, kecantikan jadi perhatian warganet

nona

Iklan

Dalam ucapannya, Kiffy turut mengumumkan majalah Nona, Mingguan Wanita dan Hijabista kini bergabung di bawah satu payung yang dikenali sebagai segmen Wanita.

“Di sinilah tempatnya wanita dapat meluahkan perasaan, berkongsi kejayaan dan bergembira,” ujar Kiffy.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang