HATI mana tidak tersentuh melihat ibu bapa yang tidak mampu membayar kos rawatan dan ubat anak-anak.

Jauh di sudut hati mereka sentiasa inginkan terbaik buat permata hati, namun dek kesempitan hidup dialami keperluan itu terpaksa dilupakan.

Inilah yang berlaku oleh seorang ibu di sebuah pusat perubatan di Terengganu. Disebabkan kesusahan hidup yang dihadapi beliau terpaksa menolak ubat untuk anaknya.

Bagaimanapun, atas nilai keprihatinan sesama insan seorang pegawai farmasi bermurah hati tampil membantu.

Situasi tersebut dikongsikan oleh pengguna media sosial Twitter dikenali @anne_nma yang ke farmasi untuk membeli ubat bapanya. Tatkala berada di sana beliau menyaksikan momen menjentik hati.

Tuturnya: “Aku tengok kakak itu tanya pegawai farmasi berapa ringgit total ubat anak dia. Semua skali RM60++, sambil dihulurkan ubat.

“Dan kakak itu tunjukkan satu kad, ‘Boleh tak saya nak guna kad ini?

“Pegawai farmasi memberitahu di sini tidak terima kad ini. Muka kakak tu berubah sambil tinjau suaminya di belakang.

“Mukanya sedih dan tiba-tiba memberitahu, ‘tak apalah, saya tak ada duit. Saya tak nak ubat,” tulisnya yang terkejut melihat situasi tersebut.

Baca juga Bayar peguam dengan ketam segar, tak mampu bayar guna duit

 

Pun begitu, ia tidak berhenti begitu sahaja, sebaliknya pegawai farmasi berkenaan pantas menemui solusi.

“Eh mana boleh. Awak tak kasihan ke anak awak sakit. Tak apa. Ambil ubat ni. Simpan kad tu. Tak apa saya bayarkan,” ujar pegawai farmasi terbabit sebelum pelanggan itu keluar meninggalkan premis.

Lalu, ibu berkenaan berpatah balik ke kaunter sambil membawa anaknya.

“Tak apa ke? Saya tak boleh bayar ni,” luah wanita itu.

Pegawai farmasi masih bertegas untuk membayarkan bil dan menyerahkan ubat diperlukan kepada wanita itu.

Difahamkan, wanita berkenaan ingin menggunakan kad bantuan kerajaan bagi membolehkan penerima mendapatkan rawatan di sesetengah klinik, tetapi malangnya tidak di pusat perubatan tersebut.

Iklan

Baca juga Sedihnya, bayi sudah dua hari meninggal baru dapat dikebumi sebab tak ada duit

Dalam pada itu, @anne_nma menyatakan beliau juga ingin membantu membayarkan bil ubat wanita berkenaan, namun pegawai farmasi menolak lembut.

Untuk puan farmasi di Pusat Perubatan Intan, Kuala Terengganu. Saya doakan dimurahkan rezeki sebab tolong kakak dan anak dia malam tadi!

“Semua orang tengah struggle sekarang. Puan adalah hero di mata saya malam tadi!,” tulisnya lanjut.

Kebanyakan warganet memuji tindakan pegawai farmasi berkenaan:

Iklan

– “Semoga kakak farmasi dipermudahkan rezeki, anak kakak tu sihat dan ayah awak pun sihat. AAMIIN.”

– “Sedihnya, ya ALLAH ramai orang yang susah time ni. Harap mereka tabah. Tak terbayang rasanya sedih seorang ibu tengok anak dia sakit. Mesti akak tu bersyukur sangat-sangat. Semoga ALLAH balas budi baik pegawai farmasi itu.”

– “Mengalir air mata baca. Moga semua dimurahkan dilapangkan dan diberkati rezeki. Disembuhkan semua yang sakit.”

– “Mata masuk habuk. Ya ALLAH semoga dipermudahkan sgala urusan dan diberi ganjaran yang hebat kakak farmasi dan semua yang tengah struggle sekarang ini.”

Sumber: Twitter@anne_nma