TIADA siapa yang mahu dijangkiti namun menjadi seorang pesakit Covid-19 sudah tentu satu pengalaman yang sukar untuk digambarkan.

Lebih-lebih lagi sehingga kini belum ada vaksin yang mampu mencegah virus pandemik itu.

Namun ketika negara dilanda panik serta keresahan gelombang ke tiga ini, kisah bekas pesakit Covid-19 ini mungkin boleh membuka mata kita semua yang virus itu menyerang tidak kira usia.

Seorang pengguna Facebook dikenali Zicko Syah, tidak pernah menyangka dirinya dijangkiti Covid-19.

Katanya, dia adalah seorang yang sangat menjaga Prosedur Operasi Standard (SOP) namun terpaksa melalui detik hitam dalam hidupnya disahkan positif.

“Alhamdulillah aku sembuh daripada virus Covid-19 tahap 5 setelah 30 hari melawannya.

“Ini antara serba sedikit pengalaman aku kena virus Covid-19 moga-moga ada yang baru dijangkiti atau yang belum kena, boleh ambil iktibar dan dijauhkan daripada dijangkiti virus ini.

“Sebab ramai menganggap kalau dah terkena, nanti kuarantin dua minggu bagi panadol dan boleh balik ternyata tidak kerana Covid-19 ada banyak peringkat.

“Ini serba sedikit tahap jangkitan Covid-19; Tahap 1 – tanpa gejala, Tahap 2 – simptomatik dan tiada radang paru-paru, Tahap 3 – simptomatik dan radang paru-paru, Tahap 4 – simptomatik, radang paru-paru dan oksigen tambahan diperlukan dan Tahap 5 – sakit teruk dengan kegagalan multiorgan.

“Aku adalah sorang yang paling jaga SOP, sampaikan kedai dan COD pun aku tak buka kerana risau kena jangkitan dan ramai yang bertanya bagaimana boleh terkena.

“Sebenarnya, jika mahu menjawab semua soalan itu memang susah sebab kita tak nampak virus ini.

“Kita hanya boleh buat andaian di sana di sini tapi tak sahih. Usahlah membuat andaian berteka-teki. Dengan pesakit, cukuplah dengan memberi kata-kata semangat,” tulisnya.

"Sedih kencing dan buang air besar di katil"- Bekas pesakit Covid-19 tahap 5 dedah berdepan detik kritikal

Iklan

Cerita pemuda itu lagi, sebelum masuk wad, dia sudah dilanda demam yang ‘on off’.

“Sebenarnya sebelum kena masuk wad aku sudah demam ‘on off’ dan makan panadol sihat pastu sakit balik. Lima hari juga aku tahan sakit di rumah. Lepas tu ada kekuatan sikit barula pergi hospital.

“Selepas chek doktor sahkan aku positif Covid-19. Sedih juga tapi tawakal saja mau sembuh, aku kurang bernasib baik sebab aku mempunyai symptom yang teruk iaitu demam, sakit kepala, hilang deria bau, sesak nafas dan batuk.

“Selepas cek, aki terus dibawa ke pusat kuarantin di Kota Belud. Malam pertama terpaksa bergelut sendiri dengan demam yang teruk beserta sakit kepala.

“Demam ketika itu teruk suhu 38.8 darjah sampaila malam ke dua di pusat kurantin itu aku kena cek dan dibawa semula ke hospital Kota Belud untuk rawatan tekanan darah dan sebagainya.

“Pada jam 3 pagi doktor maklumkan aku akan dihantar ke Hospital Queen Elizabeth (HQE). Tepat jam 4 pagi itu aku muntah-muntah habis pakaian basah.

“Sejam selepas itu, ambulance hantar ke HQE dan dalam perjalanan memang aku tidak sedar aku dipakaikan dengan bantuan alat pernafasan. Sampai je naik kerusi roda pergi emergency HQE.

“Ketika sampai di unit kecemasan HQE, kelihatan kiri dan kanan ku semua yang berada di situ pakai PPE dan perasaan ketika itu sangat takut sebab ye la Covid-19 ni mana ada ubat!

“Time di emergency aku kena cek jantung, paru-paru dan memang Covid sudah serang paru-paru badan penuh dengan wayar time tu. Lepas 8 jam di emergency, aku terus dibawa masuk wad biasa untuk hari pertama di HQE.

“Malam pertama di wad biasa aku mula rasa demam tapi dalam keadaan terkawal. Hari kedua keadaan aku makin teruk nafas makin sesak, malam tu juga aku dipindahkan wad ke tingkat 3 di HDW (unit rawatan rapi) sebelah dengan ICU.

“Ketika di HDW, oksigen aku dinaikkan lagi sebab nafas makin sesak serius memang susah bernafas padahal aku tiada sejarah asthma dan sebagainya.

“Selama berapa hari di HDW, kencing dan berak semua di atas katil. Paling risau adalah bab meneran bila-bila masa boleh sesak nafas. Ya, aku melalui itu. Kesian nurse yang bersihkan aku. Keluar juga air mata dan mulut aku tak habis ucap terima kasih kepada nurse.

“Hanya Allah mampu balas jasa baik dorang selama aku di sana . Tq nurse dan doktor yang jaga aku di HDW HQE. Sedih kencing dan buang air besar di katil.

“Alhamdulillah lepas berapa hari di HDQ, oksigen makin pulih dan paru-paru mula berkembang dan boleh bernafas dengan tenang, tidak lama tu aku dipindahkan ke wad biasa tapi masih pakai bantuan alat pernafasan.

“Setelah empat hari di wad biasa perkara yang paling happy adalah aku tak perlu sudah
guna bantuan alat pernafasan. Syukur Alhamdulillah dan selepas 11 hari di wad barulah merasa masuk toilet.

“Paling happy bila dapat mandi. Ya Allah teruja mandi setelah 13 hari tak mandi menangis dalam toilet berdoa time mandi.

“Alhamdulillah keadaan aku di wad biasa makin okay cuma kadar gula dalam badan naik mungkin disebabkan ubat dalam badan dan selama di wad aku hari-hari kena insulline.

“Keadaan aku semakin hari semakin okay di wad biasa. Alhamdulillah… tapi tangan pula bengkak bekas jaram (bengkak yang amat sakit) ambil masa lama nak pulih keluar wad pun masih bengakak dan sambung makan antibiotik.

Semoga dapat dijadikan pengajaran buat semua yang Covid-19 boleh menjangkiti sesiapa sahaja. #kitajagakita

Iklan

Sumber: Zicko Syah