Selalu guna apps makan, pakai khidmat runner? Tolong take note perkara ini
SEMENJAK sebulan dua ini khidmat penghantaran atau runner memang makin diperlukan bukan? Apakan tidak, ramai masih was-was dengan risiko penularan wabak Covid-19 memilih hanya duduk di rumah.
Walaupun masih ada juga yang 'main langgar' Perintah Kawalan Pergerakan, tapi ramai terutamanya golongan wanita suri rumah, gadis-gadis ayu lebih gemar tidak keluar.
Pun begitu, keperluan diri, nak-nak bab makan masih diperlukan. Jalan terbaik untuk mendapatkannya di samping jimat masa dan tenaga, adalah dengan menggunakan servis runner.
Memanglah ramai yang boleh hantar sampai depan pintu rumah akan barang apapun yang dipesan.
Kalau membeli-belah secara konvensional pun ada adab dan tawarannya agar urusan selesai dan memuaskan hati kedua-dua pihak pembeli dan penjual.
Tapi, tahukah anda, menggunakan khidmat runner dalam membeli-belah pun ada adab dan tatacara yang perlu dijaga agar dapat memuaskan hati penjual, pembeli dan runner itu sendiri yang menyudahkan proses?
Luahan seorang pemuda bernama Azizi Selamat yang mendapat banyak respons dan ribuan perkongsian netizen ini di Facebook tentang perkara itu sememangnya berguna.
Menurutnya, ada budak rider yang memintanya menuliskan point-point itu dan dikongsi di socmed.
Nampaknya memang ramai yang bersetuju dengan luahan abam-abam runner kita.
Jadinya, minta pada semua adik kakak yang selalu guna apps makan atau apa-apa yang menggunakan khidmat runner tolong 'take note' katanya:
"1. Kalau korang 'pin location' tu biarlah pin betul-betul tepat kat rumah korang. Kalau tersasar setakat kurang dari 10 meter, okay la... Boleh terima.
Tapi kalau salah pin beza sampai 500 meter, tu haram #^*ah namanya.
2. Pastikan rumah korang ada nombor rumah. Benda ni paling penting, kau jangan letak no rumah belakang pasu bunga. Letak tempat rider boleh nampak.
Kau ingat rider ada masa ke nak kira sebuah-sebuah rumah. Tak semua rider mahir, ada je rider baru setiap hari.
3. Kalau kau dah tahu order makan guna apps. Standby la siap-siap. Kan boleh agak masa. Ini tak, time tu la dia nak mandi. Time tu la dia nak cuci jamban. Time tu la dia nak tertidur.
Ini rider dah sampai pagar, baru kau nak cari tudung la, cari cermin mata la. Hmmmm... Paling teruk, bila rider call tak angkat.
Kalau cuaca baik, okaylah rider boleh tunggu dengan senang hati... Tapi kalau tengah hujan lebat?
4. Andai korang buat bayaran cash, kalau ada baki sen-sen tu, takyah lah tunggu. Halalkan jer.
Tunggu baki 10 sen macam tunggu 10 ribu! Siap dok terconggok tengok rider terkorek korek cari balance 10 sen. Adehhh...
5. Bagi kata-kata semangat sikit kat rider. "TerimaKasih" pon okay dah. Sungguh wei, lagi-lagi kalau guna apps delivery kan ada ruang untuk tulis.
Kalau yang boleh bagi rate tu, bagilah rate terbaik. Kalau ada 10 star bagi jer. Tak rugi pon. Sungguh... Hilang penat rider.
6. Last ni paling penting. Kalau korang amik makanan, pakai lah pakaian sopan. Jangan uji rider dengan keluar hanya berkemban.
Jangan wooo....rider jiwa kacau nak sambung kerja nanti?
Okay tu jelah...
Walaupun aku tahu ada juga rider yang jenis kerja main-main tapi boleh dikira. Tak semua, kebanyakkan semua baik-baik.
Bukan semua yang jenis langgar trafic light?
Bukan mudah wei kerja atas moto, kadang montot kebas beb. Mana nak jaga makanan lagi, nak tengok jalan lagi. Kau try duduk atas motor 2 jam nengok, steady ke tak!
" kongsinya dalam penulisan di Facebook.
Ha... macam mana? Ada yang biasa buat 'naya' macam ditulis oleh Azizi kat atas tu tak? Kalau ada tolong jangan ulangi ya.. Sian kat abam-abam rider kerja runner ni.
Sama-sama kita jaga kita. Orang kata kalau kita memudahkan urusan orang lain, urusan kita pun InsyaAllah dipermudahkan. -AG #PastiAdaSinar
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang