BERSALIN seminggu yang lalu, pakar bedah kelahiran Malaysia, Dr Amalina Che Bakri kini bergelar ibu kepada seorang cahaya mata perempuan.

Dr Amalina, 35 yang sedang berkhidmat dan menyambung pelajaran di United Kingdom (UK) berkongsi telah bersalin seminggu yang lalu.

Menerusi hantaran di laman sosial Instagram, Dr Amalina memuat naik foto beliau dan puteri sulungnya.

Baca juga: Boleh cuti bersalin setahun, 5 bulan bergaji penuh, perkongsian Dr Amalina buat warganet  teruja

Baca juga: Wow! Dr Amalina selebriti kedua muncul dalam Vogue Britain. Bukan calang-calang orang ya!

“Kami ingin memperkenalkan anak perempuan kami, Arabella Mia yang dilahirkan di Hospital St. Thomas seminggu lalu.

“Kami menghargai setiap saat dengannya dan teruja untuk melalui masa akan datang bersama, Alhamdulillah,” titipnya.

Warga maya rata-rata teruja dengan perkembangan terbaru Dr Amalina dan menitipkan ucapan tahniah atas kelahiran cahaya mata sulungnya. Bahkan ada yang menegur penampilan Dr Amalina yang nampak bertenaga.

-“Tahniah Dr Amalina dan Alex atas kelahiran Arabella Mia.”

-“Assalamualaikum Arabella Mia.”

-“Tahniah doktor, gembira untuk Dr dan keluarga.”

-“Comelnya, doktor nampak gorgeous tidak macam baru bersalin.”

-“Alhamdullilah. Semoga membesar menjadi anak yang solehah berjasa pada ibu dan ayah.”

Iklan

Alhamdulillah selepas 3 kali tangguh, akhirnya Dr Amalina disatukan

 

Dr Amalina mendirikan rumah tangga dengan pilihan hatinya, Alexander Charles pada 31 Mac 2021 di London.

Baca juga: Dr Amalina rangkul anugerah di Britain, Women of Future Awards 2021

Iklan

Baca juga: Pilih kerakyatan British untuk anak, ini penjelasan Dr Amalina

Sumber: Instagram Dr Amalina

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Twitter, InstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang penuh inspirasi.