Selamatkan kucing hanyut, Adik Rayyan kagumkan warganet

SUKAR untuk gambarkan hati seseorang yang bergelar pencinta kucing. Mereka kebiasannya akan sayangkan kucing mereka dengan sepenuh hati. Haiwan itu juga mempunyai personaliti dan karektornya yang tersendiri.

Bermulalah dari sekecil tapak tangan sehinggalah membesar dengan jayanya, seekor kucing dapat memberikan kita pelbagai sebab untuk menyayangi dan mengaguminya.

Namun, bukan semua yang suka pada kucing itu benar-benar layak boleh bergelar pencinta kucing kerana perasan itu lahir secara semula jadi dan bukan dibuat-buat.

Buktinya, baru-baru ini tular di Twitter apabila tersebar beberapa keping foto seorang kanak-kanak lelaki berumur lingkungan 10 tahun dilihat gigih turun ke dalam sebuah longkang gara-gara ingin menyelamatkan seekor anak kucing.

Iklan
Iklan

Ya! Tu baru layak bergelar pencinta kucing! Respek habislah dik!

Kisah kanak-kanak itu pastinya membuatkan warganet kagum dengan kesungguhan beliau menyelamatkan anak si bulus tersebut.

Ibu saudara kepada kanak-kanak yang kini dikenali sebagai Rayyan Afif itu juga baru-baru ini turut memuat naik ciapan di Twitternya yang dikenali sebagai @emmanissss dan mendakwa anak saudaranya itu memang bersifat sangat sayangkan kucing.

“Ni anak buah saya. Nama dia Rayyan Afif. Tahun lepas tular di Facebook, tahun ni Twitter pula.

“Rayyan memang pencinta kucing, pantang nampak kucing terbiar dekat tepi jalan dia mesti amil bawa balik rumah,” ciapnya ringkas di Twitter dengan menuat naik sekeping foto Rayyan ketika menyambut ulang tahun kelahiran.

Baik sungguh hati adik Rayyan bukan? Semoga apa yang dilakukan oleh adik Rayyan mampu dijadikan sebagai contoh yang baik buat kita semua.

Korang tahu tak, Nabi  Muhammad SAW juga memiliki seekor kucing yang diberi nama Mueeza?

Ya! Suatu ketika dahulu, di kala Nabi hendak mengambil jubahnya, ditemuinya Mueeza sedang terlelap tidur dengan santai di atas jubahnya.

Tak mahu Mueeza rasa terganggu, Nabi pun memotong belahan lengan yang ditiduri Mueeza dari jubahnya.

Ketika Nabi kembali ke rumah, Muezza terbangun dan tunduk sujud kepada majikannya. Sebagai balasan, Nabi menyatakan kasih sayangnya dengan mengusap lembut ke badan kucing itu sebanyak tiga kali.

Selain itu, setiap kali Nabi menerima tetamu di rumahnya, Baginda selalu menggendong Mueeza dan diletakkan di atas pahanya.

Salah satu sifat Mueeza yang Nabi sukai ialah ia selalu mengiau ketika mendengar Azan dan seolah-olah suaranya terdengar seperti mengikuti alunan suara Azan.

Kepada para sahabatnya, Nabi berpesan untuk menyayangi kucing peliharaan dan sayangi mereka seperti ahli keluarga kita sendiri.

Share
Meen

Biodata Penulis

Published by
Meen

Recent Posts

Klinik Nara anjur rumah terbuka, rai pelanggan sempena ulang tahun ke-4. Turut perkenal rawatan estetik dengan teknologi baharu

KLINIK  Nara, peneraju dalam rawatan estetik dan kecantikan baru-baru ini meraikan ulang tahun ke 14…

5 hours ago

Siti Nurhaliza penuhi impian rakan artis tunai umrah, bikin ramai sebak. ‘Terbaik, kongsi rezeki dengan sahabat’

YAYASAN Nurjiwa milik penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza dan suaminya, Datuk Seri Khalid Mohamad…

6 hours ago

Rakan baik sahkan Irma Hasmie dan Redza Syah sudah bercerai 6 bulan. ‘Doakan yang baik-baik buat sahabat saya’

TANDA tanya ramai mengenai status perkahwinan pelakon dan pengacara, Irma Hasmie bersama Redza Syah Azmeer…

16 hours ago

Tahniah! Leftenan Muda berbangsa Cina lulus latihan komando, terima beret hijau. 10 kehebatan pasukan Gerup Gerak Khas anda perlu tahu

BARU-baru ini kisah Leftenan Muda Chan Ming Youn dari Batalion Kedua Rejimen Renjer Diraja menjadi…

1 day ago

Syafie Naswip kongsi video memasak dengan mak mertua raih pujian. ‘Seronok dapat menantu suka & pandai masak.’

PELAKON Syafie Naswip mencuri perhatian ramai apabila memuat naik video memasak bersama ibu mertuanya. Untuk…

1 day ago