WALAUPUN aktif dalam bidang politik namun ia tidak mematahkan semangat Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman untuk terus menghabiskan pengajiannya.

Beliau pernah satu ketika dulu membuat keputusan dengan mengorbankan tawaran pengajian ke Universiti Oxford apabila Pakatan Harapan berjaya memenangi Pilihan Raya Umum ke 14 demi untuk menyumbang bakti buat negara.

Namun, September lalu, Saddiq sekali lagi mendapat tempat dan biasiswa penuh di National University of Singapore untuk program Lee Kuan Yew’s Senior Fellowship in Public Service.

Akibat penularan pandemik Covid-19, Saddiq juga turut tidak terkecuali terpaksa menjalani kelas secara online. Namun, beliau baru-baru ini mendapat berita yang mana sesi pembelajaran secara fizikal akan dimulakan semula tidak lama lagi.

“Tolong doakan. Alhamdulillah! Saya akan ke Singapore semula untuk menghabiskan pengajian saya di NUS Lee Kuan Yew School of Public Policy (Biasiswa Penuh).

“Sejak September 2020 saya telah mulakan Executive course in Public Policy di NUS.

“Sebelum ini kelas semua dibuat secara online, tetapi kali ini saya perlu masuk kelas secara fizikal di Singapura,” tulis beliau di Facebook.

Tambah Saddiq lagi beliau akan berada di Singapura selama sebulan.

“I’ll be in Singapore for a month. Saya bukan pergi bercuti tetapi untuk belajar.

“Saya harap pengajian saya dalam bidang ‘Public Policy’ ini menjadikan saya sebagai Ahli Parlimen dan penggubal dasar yang lebih baik untuk Muar dan Malaysia,” ujarnya penuh optimis.

Selain itu, Ahli Parlimen Muar itu juga dilaporkan bersedia menyerahkan sepenuhnya gaji pada bulan ini sebagai wakil rakyat bagi kegunaan pihak Parlimen kawasannya.

Menurut beliau, tindakan itu dilakukan ekoran beranggapan khidmat dirinya yang akan lebih tertumpu di negara Singapura bagi meneruskan pengajian di sana.

Iklan

Syed Saddiq berkata, justeru, sebagai rasa tanggungjawab, beliau nekad untuk memulangkan gaji sebagai wakil rakyat pada bulan Mac.

“Saya juga dengan rendah diri akan mengembalikan gaji saya pada bulan Mac 2021 untuk kegunaan Parlimen Muar sepanjang saya di Singapura.

“Saya tidak layak menerima bayaran ini semasa saya dalam tempoh pengajian penuh di sana. Terima kasih rakyat Malaysia. Terima kasih Muar. Doakan perjalanan pergi pulang saya selamat.

“Saya harap pengajian saya dalam bidang Polisi Awam ini dapat menjadikan saya sebagai Ahli Parlimen dan penggubal dasar yang lebih baik untuk Muar dan Malaysia,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, sejak pengisytiharan darurat, Parlimen Muar telah berjaya mengagihkan komputer riba dan tablet kepada lebih 765 buah keluarga, manakala 5,500 keuarga menerima bantuan Food Bank dan 150 pelajar mendapat bantuan Dermasiswa Harapan Muar.

Iklan

Katanya, usaha itu tetap akan diteruskan oleh Pejabat Parlimen Muar sepanjang beliau berada di Singapura.

Syabas YB Saddiq! Semoga dipermudahkan segala urusan di sana!

Tolong doakan.

Alhamdulillah!

Saya ke Singapore untuk menghabiskan pengajian saya di NUS Lee Kuan Yew School of Public…

Posted by Syed Saddiq Syed Abdul Rahman on Sunday, 7 March 2021