PADA sesetengah orang barangkali si haiwan berkulit menggerutu ini boleh dibuat main lagi. Ramai saja terutama anak-anak kampung berani memegang dan ‘mengusap’ atau jika perlu menghalau amfibia bernama katak ini dengan selamba.

Namun demikian, tidak bagi sebahagian lagi dalam kalangan kita yang lain. Katak dilihat umpama sesuatu makhluk yang boleh ‘mengancam’ dirinya. Silap hari bulan, jika mereka ‘tidak dilindungi’ boleh pengsan dibuatnya.

Gamaknya sebab itulah wanita bernama Rina ini terpaksa menghubungi abam bomba bagi ‘menyelamatkan nyawanya’.

Operasi dilakukan Balai Bomba dan Penyelamat Ampang dalam hantaran Facebook nya tentang operasi tersebut yang membabitkan enam anggota di sebuah apartmen semalam antara yang menarik perhatian warganet hingga mendapat banyak share.

Apa tidaknya… hanya dek kehadiran seekor katak, tim anggota penyelamat terpaksa turun padang. Alahai…

 

بِسْــــــــــــــــــــــمِ اللّهِ الرَّحْمَن ِالرَّحِيْمِ
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ &

Salam Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia Berprestasi Tinggi, Cepat & Mesra.

BBP AMPANG

KOMANDER OPS
PENYELIA OPS : PBK ll 8143 Yusni
Bil.Anggota : 5
Jumlah : 6

Jenis Kecemasan : K/Khas Katak

Nama Pemanggil : Rina
Alamat : Seri Baiduri Apartment Bukit Indah
Pasukan: B
Tarikh : 18.08.2020
Hari : Selasa
Masa Terima : 21:37:38

Laporan : Terdapat seekor katak berada atas pintu didalam rumah.

Tindakan: Anggota bertindak menangkap & melepaskan katak tersebut di tempat selamat.

Sekian untuk makluman Ys Tn.& Tuan2.

Iklan

Bagaimanapun posting yang dikongsikan oleh FB Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia (Fire & Rescue Department of Malaysia) sejak beberapa jam lalu ini mendapat banyak komen dalam kalangan warganet yang mencuit hati.

“Hanya mampu senyum….” antara kapsyen FB Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia.

Antara komen warganet yang mencuit hati.

 

Iklan

Ada yang menyifatkan tindakan menghubungi pihak bomba itu adalah ‘melampau’ dengan menyifatkan masalah boleh diatasi sendiri oleh pemanggil.

Dalam pada itu ada yang merasakan apa yang berlaku agak lucu, namun respek pada anggota bomba yang tetap menjalankan tugasnya.

Dalam masa sama tak kurang juga yang melihat jenis katak itu yang dipanggil katak pisang boleh undang ‘bahaya’ jika terkena ‘kencingnya’ pada mata. Entahlah…

Macam-macam kan… Apa pun abang bomba kita memang terbaik! -AG