DEMI nyawa anak, ibu kepada rakyat Malaysia, Nagaentran Dharmalingam, Panchalai Supermaniam sanggup melakukan apa sahaja.

Kisah perjuangan si ibu, Panchalai Supermaniam dan keluarga mendapat perhatian pelbagai pihak termasuk media antarabangsa.

Antara yang turut serta ialah bilionair Britain, Richard Branson yang menggesa menggesa Presiden Singapura, Halimah Yacob memberikan pengampunan kepada Nagaenthran.

Richard Branson.

Baca juga: Siasatan tamat, Tangmo bukan dibunuh, mati sebab kecuaian, 5 rakan bot didakwa

Selain itu, amai yang telah meminta pengampunan bagi pihaknya termasuk Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah, Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob, pelakon Britain Stephen Fry, Kesatuan Eropah serta kumpulan hak asasi manusia tempatan dan antarabangsa.

Nagaenthran, 34, yang mengalami ketidakupayaan mental ditangkap pihak berkuasa Singapura pada 22 April 2009 kerana menyeludup 42.72 gram heroin ke negara yang mempunyai beberapa undang-undang narkotik paling tegas di dunia itu.

Difahamkan ketika itu dadah berkenaan didapati dilekatkan di paha kirinya.

Nagaenthran yang ketika itu berusia 21 tahun ditahan di Pusat Pemeriksaan Woodlands dan dijatuhi hukuman mati pada 2010.

Pelbagai usaha dilakukan oleh ibu dan keluarga termasuk memfailkan permohonan itu dengan bantuan rakan-rakan dan aktivis tanpa diwakili mana-mana peguam.

Menurut Bernama, Nagaentran telah menjalani hukuman mati di Penjara Changi pada pagi ini dan mayatnya akan dihantar pulang ke Ipoh.

Perkara itu telah disahkan adiknya Navin Kumar kepada Bernama. Ketika dihubungi, Navin masih berada di Penjara Changi untuk menuntut mayat abangnya.

Pada 26 April, Mahkamah Rayuan Singapura menolak rayuan terakhir yang difailkan ibu Nagaethran untuk mencabar keputusan bagi mengetepikan sabitan dan hukuman mati terhadap anaknya.

Perbicaraan didengar di hadapan tiga Hakim iaitu Andrew Phang; Judith Prakash; dan Belinda Ang.

Iklan

Asas kepada cabaran undang-undang itu ialah Hakim Sundaresh Menon yang mengetuai dan menolak rayuan Nagaenthran sebelum ini merupakan Peguam Negara yang telah mendakwa Nagaenthran dan memastikan sabitannya.

Selepas permohonan ibunya ditolak, mahkamah membenarkan Nagaentran berpegangan tangan dengan tujuh ahli keluarganya yang hadir di kamar mahkamah.

Anak kedua daripada empat beradik yang berasal dari Perak itu sepatutnya dihukum gantung pada 10 Nov 2021, tetapi memperoleh penangguhan sementara pada 9 Nov selepas mahkamah diberitahu dia positif Covid-19 ketika hadir untuk percubaan rayuan terakhir terhadap hukuman matinya.

Iklan

Pada 7 Nov 2021, dilaporkan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah menulis surat kepada rakan sejawatannya dari Singapura Lee Hsien Loong memohon kelonggaran dalam kes itu.

Sementara itu, pada 3 Disember, Presiden Singapura Halimah Yacob berkata Nagaenthran telah diberikan proses undang-undang yang sewajarnya.

Baca juga: “Kembalikan ayahku!” – Anak jadi saksi bapa dibunuh mengamuk, histeria lihat suspek

Jangan lupa follow kami di Instagram dan lawati portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI