DIALAH ketua kelas, dialah pengawas. Demikian kongsi seorang guru di sebuah sekolah di Inanam, Sabah.

Kala murid kebanyakan sekolah bergelut mendapatkan penempatan susulan jumlah pelajar yang ramai, Sekolah Kebangsaan Ruminding hanya memiliki 10 murid sahaja.

Guru, Cikgu Aben baru-baru ini berkongsi bagi sesi persekolahan 2023/2024, sekolah berkenaan hanya menerima seorang murid sahaja Tahun Enam.

Baca juga: Agong ucap tahniah, Cikgu Khalifa raih Anugerah Cambridge

“Seorang saja murid saya tahun ni. Satu-satunya murid tahun 6 kami di SK Ruminding. Dialah ketua kelas, dialah tukang sapu, tukang lap tingkap semua hari-hari.

“Hari-hari dia, tiada orang lain,” kongsi Cikgu Aben tentang muridnya, Errone Erwine.

Baca juga: Sofizah ungguli pertandingan tilawah antarabangsa, 15 fakta mengenainya

Di dalam carta organisasi kelas, yang tercatat hanya nama Errone.

Menurut Cikgu Aben, sekolah yang indah dengan alam semula jadi itu memiliki sembilan orang guru.

Baca juga: Di mana Jude Angel? Bayi 18 bulan hilang di Beaufort, Sabah belum ditemui

Biarpun hanya Errone seorang murid Tahun Enam, pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran berjalan seperti biasa.

Terletak di pedalaman Sabah, Cikgu Aben yang dihubungi SinarPlus berkata punca penurunan jumlah murid di sekolah berkenaan disebabkan oleh faktor jumlah penduduk yang semakin berkurangan dan keadaan jalan raya.

Iklan

Selain itu, katanya semakin ramai golongan muda berhijrah mencari rezeki di luar.

Warganet tertarik dengan perkongsian Cikgu Aben memuji semangat pendidik itu. Tidak kurang yang tertarik dengan kelebihan murid berkenaan yang memperolehi seratus peratus perhatian guru di dalam kelas.

– “Pergh, untung ni. Macam homeschool cikgu ajar dia seorang je.”

– “Wah, kelebihan dia belajar boleh fokus macam tuisyen.”

– “Tak pening cikgu nak ajar. Ni namanya full-time tuition. Semangat ya cikgu,walau sorang ja murid.”

Iklan

Pada tahun 2020, media melaporkan SK Sungai Jerneh, Brisu, Alor Gajah Melaka mencatatkan hanya seorang murid tahun satu.

Baca juga: Kenang jasa cikgu Matematik, alumni TKC hadiahkan Perodua Aruz dibayar ‘lump-sum’ sempena persaraan

Sumber: Cikgu Aben

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi