KECOH dalam media sosial mengenai beberapa foto menyeramkan yang dikatakan berjaya dirakam sepasukan petugas barisan hadapan ketika sedang mengawal laluan di Jalan Giram, Kunak, Sabah sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di sana.

Dalam satu perkongsian seorang warganet, Siti Zulaiha dalam akaun Facebook menunjukkan beberapa foto yang memperlihatkan sekumpulan pasukan keselamatan sedang merakam sesuatu.

Bukan seorang tetapi ramai mata-mata yang melihat ke arah satu semak tidak jauh daripada tempat sekatan jalan dibuat.

ponti PKP

Dalam kapsyen gambar yang dikongsikan, wanita itu mengucapkan: ‘wallahualam, semoga anggota yang bertugas dijauhkan daripada gangguan alam lain.’

Kata-katanya itu memang membuatkan bulu roma kita meremang.

Ujar Siti Zulaiha, beliau pernah melalui jalan terbabit dan sering terhidu bau wangi.

Namun, dari hari terdalam, dirinya tidak berani untuk menegur kerana bimbang ada yang ‘menegurnya semula’ nanti.

ponti pkp

Sukar untuk dipastikan sama ada gambar yang dikongsikan itu sahih atau diedit.

Bagaimanapun, rata-rata warganet yang mengikut perkongsian itu turut berasa seram apabila melihat gambar terakhir.

ponti pkp

Tidak kurang juga yang mempercayai gambar yang dikongsikan kerana ramai saksi di tempat kejadian.

Iklan

ponti pkp

Ada juga yang memberikan komentar lucu, barangkali sudah bosan kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) terlalu lama sangat.

ponti pkp

Paling mengusik hati, komentar warganet yang menulis kononya hamba ALLAH itu ‘mahu menolong buat kawalan jalan’.

Iklan

Dalam hal ini, SinarPlus menggali lebih lanjut lokasi jalan yang dikatakan cukup misteri dan hanya orang tempatan sahaja tahu mengenai kisah tersebut.

Seperti yang ditulis menerusi sabah.blogspot.com, banyak tempat misteri di Kunak, Sabah termasuk kawasan tinggal yang dahulunya dikatakan wujud terowong Jepun, kesan peninggalan artifak, telaga tujuh dan banyak lagi.

Jadi, semua sejarah itu menjadikan misteri yang sedang hangat berlegar-legar itu tidak mustahil boleh berlaku.

Apapun, SinarPlus tabik hormat kepada semua frontliner yang bertungkus-lumus berkhidmat di kawasan sekatan jalan walaupun jauh dari bandar walaupun sunyi sepi dan menyeramkan.