#SiBibirMerah: Angkara pemandu trak 4x4 mabuk 2 beradik berdarah otak, 'drink and drive' makin menjadi-jadi

A
A
A

ANGKARA pemandu mabuk makin menjadi-jadi sejak akhir-akhir ini. Selang sehari media melaporkan kemalangan yang membabitkan pemandu mabuk termasuk kes melibatkan dua kanak-kanak yang menyayatkan hati.

Terdahulu polis menahan pemandu kereta Porsche 911 Carrera disyaki mabuk selepas merempuh tiga kenderaan sebelum melanggar penghadang jalan di kawasan parkir valet terbabit di kawasan parkir sebuah pusat beli belah di Sepang.

Walaupun tidak melibatkan kecederaan, ia menyebabkan kekecohan dan kerosakan tiga kereta yang diparkir di situ.

Keesokannya kejadian angkara pemandu mabuk berulang. Bibir Merah sedih mendengar kanak-kanak perempuan dan seorang bayi tidak berdosa cedera parah selepas kereta dinaiki dirempuh pacuan empat roda Nissan Navara dipandu seorang pemuda mabuk di Kilometer 57 Jalan Batu Pahat-Mersing.

Baca juga: Isteri meninggal dunia kemalangan, suami rayu orang awam kongsi rakaman ‘dashcam’

Gambar hiasan (Kredit foto: Freepik)

Dalam kemalangan pada jam 8 malam itu mengakibatkan adik Nur Aisyah Humaira, 6, cedera parah di kepala selain mengalami pendarahan di otak dan bengkak tulang rahang.

Bayi berkenaan pula yang juga adiknya, Nur Hana Humaira, berusia setahun lima bulan parah di kepala, mengalami pendarahan otak selain cedera di tulang pinggul.

Lebih memilukan, mereka 'ditidurkan' dan perlu menjalani ujian imbasan. Jika ada pendarahan teruk pada otak, pembedahan perlu dijalani.

Siasatan mendapati kenderaan suspek berusia 34 tahun itu melanggar belakang kereta Toyota Vios dipandu keluarga dipandu mangsa menyebabkan ia hilang kawalan lalu melanggar pokok di bahu jalan sebelah kiri.

Baca juga: #SiBibirMerah: Isu pengasuh, penjaga taska cuai, tolonglah kasihi bayi macam anak sendiri

Kemalangan bahana pemandu mabuk ini bagaikan tak berkesudahan. Bibir Merah cukup geram. Jika sudah khayal tidak boleh membezakan realiti dan fantasi jangan sentuh stereng dan jadi penyumbang bertambahnya pusara di lebuh raya.

Bibir Merah harap penguatkuasaan sama ada oleh pihak polis atau Jabatan Pengangkutan Jalan perlu dilaksana secara berkala di lokasi panas. Pinda akta dengan peruntukan hukuman berat agar ia menjadi pengajaran.

Kepada orang ramai, Bibir Merah ingin berkongsi info ini demi kebaikan bersama.

Andai mempunyai anak kecil gunakan kerusi keselamatan atau car seat mengikut kesesuaian umur dan ketinggian. Boleh mengurangkan risiko kecederaan yang serius kepada kanak-kanak, ia adalah ikhtiar kita agar moga terhindar perkara tidak diingini.

Baca juga:

Gambar hiasan (Kredit foto: Freepik)

1. TEMPAT DUDUK KESELAMATAN BAYI

Kategori umur : 0-18 bulan

Ketinggian : Sesuai bagi bayi dengan ketinggian kurang daripada 83cm

Berat : 9 kg – 13 kg

2. TEMPAT DUDUK KESELAMATAN KANAK-KANAK

Kategori umur : 15 bulan hingga 4 tahun

Ketinggian : Sesuai bagi anak dengan ketinggian 71cm ke atas

Berat : 9 kg – 18 kg

3. BOOSTER DENGAN 5 POIN HARNESS

Kategori umur : 4 tahun hingga 7 tahun

Ketinggian : 100cm dan ke atas

Berat : 15 kg – 25kg

4. TEMPAT DUDUK SOKONGAN (BOOSTER SEAT)

Kategori Umur : 6 tahun ke atas

Ketinggian : Sehingga 135cm

Berat : 25 kg – 36 kg

Si Bibir Merah: Sokong jika alkohol diharamkan, tutup kedai arak dan judi.

Baca juga: #SiBibirMerah: Trauma hilang insan tersayang, segera ubati rasa sedih, usah sampai kemurungan

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca