MINGGU lalu isu pengasuh, penjaga taska hangat diperkatakan selepas warga maya dikejutkan dengan dua kematian bayi yang menyayat hati selepas ditemui tidak sedarkan diri dipercayai angkara kecuaian pengasuh dan penjaga di taska.

Setiap wanita tidak kira yang bekerja atau surirumah, pastinya mahukan yang terbaik terutama dari segi keselamatan permata hati mereka. Bagi yang perlu meninggalkan rumah untuk keluar bekerja, anak-anak perlu ditinggalkan dengan penjaga.

Kredit foto: Pexels

Baca juga: ‘Rehatlah sayang’ -Ibu reda anak ditunggu 4 tahun ‘pergi’, catatannya menyentuh hati warganet

Baca juga: Bayi 6 bulan tak sedarkan diri di taska maut, ditemui telungkup, ibu kongsi kronologi kejadian

Dua kaedah penjagaan anak yang popular di negara kita iaitu pengasuh (babysitter) yang kebiasaannya terdiri daripada surirumah yang ingin menambah pendapatan dan mengisi masa lapang. Anak-anak akan ditinggalkan di rumah pengasuh dan dijemput selepas waktu bekerja.

Satu lagi pilihan lain ialah dengan menitipkan anak-anak di taska, nurseri atau pusat jagaan harian (daycare). Pilihan terbaik ialah yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat yang mana perlu memenuhi standard tertentu sebelum beroperasi.

Bibir Merah benar-benar tersayat hati mengikuti catatan pilu dua orang wanita yang kehilangan bayi selepas ditemui tidak sedarkan diri dalam jagaan pengasuh dan taska.

Kredit foto: Pexels

Memang benar ajal sudah tertulis, namun jika penjagaan si kecil adalah seperti piawaian yang ditetapkan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), tentu kematian tragis tidak berlaku.

Baca juga: Niena Baharun hargai keikhlasan pengasuh jaga anak, hadiahkan gelang emas tanda penghargaan

Suka untuk Bibir Merah ingatkan, standard minimum nisbah pengasuh dengan kanak-kanak hendaklah mencukupi dalam pengoperasian.

Jangan letakkan kanak-kanak dan bayi di ambang maut hanya kerana kelalaian atau mengejar keuntungan. Pastikan jumlah penjaga dan kemudahan mencukupi.

Berikut adalah antara garis panduan yang telah ditetapkan oleh JKM:

-Bagi bayi baru lahir hingga 12 bulan, nisbah pengasuh dan bayi adalah 1: 3, manakala bagi bayi berkeperluan khas pula 2: 3.

-Kanak-kanak satu hingga tiga tahun, nisbah pengasuh dan kanak-kanak ialah 1: 5 manakala kanak-kanak berkeperluan khas 2: 5.

-Bagi kategori umur tiga hingga empat tahun, nisbah pengasuh dan kanak-kanak ialah 1: 10 manakala kanak-kanak berkeperluan khas 3: 10.

– Pihak taska perlu menyedia dan mempamerkan jadual menu makanan yang seimbang dan jadual aktiviti harian mengikut peringkat umur kanak-kanak;

-Mempunyai kemudahan peralatan dan perabot yang sesuai, selamat dan mencukupi bagi keperluan kanak-kanak

-Menjaga kebersihan dan keselamatan dalam dan luar premis taska.

-Memasang kamera litar tertutup (CCTV) di taska.

Jangan ingat pengasuh di rumah tidak berdaftar JKM. Bagi yang menerima empat hingga sembilan orang kanak-kanak dalam jagaan, ia boleh dikategorikan sebagai taska di rumah dan boleh dijalankan di kediaman sendiri.

Selain jumlah penjaga, nisbah kanak-kanak dengan ruang lantai juga diambil kira dan perlu mematuhi garis panduan JKM seperti berikut:
-2.5 meter persegi bagi seorang kanak-kanak taska di rumah; atau
-3.5 meter persegi bagi seorang kanak-kanak di  taska institusi, tempat kerja dan komuniti

Pengasuh yang penyayang dan ruang kediaman kondusif antara ciri yang dicari. (Kredit foto: Pexels)

Jika dilihat memang ratio (nisbah) antara penjaga dengan anak-anak jagaan agak besar, contohnya seorang penjaga perlu menjaga 10 kanak-kanak. Namun apa yang baiknya, anak-anak akan mendapat ramai rakan sepermainan.

Bagi yang ingin menghantar anak kepada pengasuh, perhatikan ruang dan persekitaran rumah pengasuh sama ada kondusif atau tidak untuk anak-anak. Nilaikan juga perwatakan pengasuh sama ada mereka seorang yang penyayang, sukakan kanak-kanak, rajin dan bertimbang rasa. Buat pilihan yang terbaik.

Baca juga: Cemburu anak manja dengan pengasuh, wanita nekad berhenti kerja, berniaga tepi jalan

Jika memilih taska berdaftar dengan JKM atau mencari pengasuh yang penyayang sudah dilakukan, justeru apa lagi pilihan yang ada buat ibu yang berkerja?

Bibir Merah merayu buat mereka yang bergelar pengasuh di rumah, pegusaha atau penjaga kanak-kanak di taska, bolehkah kalian mengasihi anak-anak asuhan seperti menyayangi anak sendiri?

Pantau mereka dengan kerap jangan terleka, langsaikan tugas yang dipertanggungjawabkan dengan menjaga amanah sebaiknya agar ibu-ibu boleh bekerja dengan senang hati.

Si Bibir Merah: Masih berhubung dengan pengasuh walaupun sudah 10 tahun tidak menghantar anak ke rumahnya.

Baca juga: Lama impikan anak lelaki, ibu reda bayi ‘pergi’ ketika tidur di taska sentuh hati ramai

Kredit foto utama: Pexels 1, 2

Sumber: JKM

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi