JURULATIH skuad bola tampar remaja menampar pemain baru-baru ini menjadi perhatian ramai.

Bibir Merah sempat menonton video yang tular berdurasi 17 saat itu. Dua orang pemain skuad bola tampar wanita Melaka Bawah 14 Tahun selamba ditampar di depan rakan dan khalayak ramai.

Kejadian pada 16 Disember 2022 itu menjadi bualan ramai. Rata-rata tidak berpuas hati dengan tindakan penuh emosi itu.

Baca juga: Tampar tak cedera, bapa pemain bola tampar remaja maafkan cikgu raih perhatian warganet, ini kronologi kejadian

Kredit foto: Pixabay

Ramai persoalkan tindakan seorang jurulatih lelaki menampar pemain wanita dan betapa bebasnya melakukan kekerasan kepada individu yang masih kategori kanak-kanak kerana berusia bawah 18 tahun.

Bibir Merah setuju dengan pendapat Timbalan Setiausaha Bahagian Seksyen Sukan, Bahagian Perancangan Strategik Kementerian Pengajian Tinggi, Datuk Dr Pekan Ramli menyifatkan tindakan jurulatih tersebut sebagai keterlaluan.

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh menyelar tindakan jurulatih tersebut. Malah insiden itu sudah mendapat perhatian peringkat antarabangsa.

Jasa baik dan pengorbanan dalam menaikkan sesebuah pasukan bukan tiket untuk seorang guru mengaibkan anak didik ya!

Baca juga: Lagi kes anak rentung ketika ditinggalkan sendirian, ini pengetahuan untuk ibu bapa

Kredit foto: Pixabay

Mujur keluarga kedua-dua pemain memilih untuk memaafkan dan menganggap insiden tersebut kecil kerana tidak mencederakan.

Apa pun Bibir Merah ingin memuji jurulatih, Cikgu Hadi kerana memiliki jiwa yang besar memohon maaf secara terbuka kepada pemain dan keluarga. Wira tak didendang mencungkil dan menggilap bakat muda di peringkat akar umbi.

Jika difikirkan, ada baiknya perkara ini tular dan mendapat perhatian pihak atasan, sekurang-kurangnya ramai antara yang sudah membuka mata.

Diharapkan selepas ini pihak sekolah dan ibu bapa mengambil cakna terutama anak-anak yang masih di bawah umur.

Iklan

Bagi jurulatih yang melatih anak-anak muda dalam pelbagai cabang sukan, jangan naik tangan walaupun sedang emosi kepada pemain yang dibimbing.

Baca juga: “Ini kurang ajar namanya.” Ras Adiba bengang isu persenda OKU, salah guna parkir, pemuda akhirnya mohon maaf

Kredit foto: Pixabay

Iklan

Si Bibir Merah: Ini bukan isu lembik atau manja, tetapi profesionalisme dan etika. Zaman serba tular ini, berwaspadalah tingkah laku.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi