Suami cari wanita lain, isteri, 4 anak ditinggal 'kebuluran'

Untitled design (99)
Untitled design (99)
A
A
A

SEBAGAI ketua keluarga, sudah tentulah bertanggungjawab untuk menjaga isteri dan anak-anak. Biarpun dalam susah mahupun senang, tugas itu perlu ditunaikan sebaiknya.

Begitupun lain situasinya yang terjadi kepada satu keluarga yang tinggal di sebuah rumah flat di Puchong, Selangor, isteri dan anak-anaknya dibiarkan terkontang-kanting.

Kerana apa?

Si suami sudah mencari wanita lain dan meninggalkan isteri malang bersama anak mereka seramai empat orang tanpa nafkah makanan mencukupi.

Bayangkanlah si isteri yang ditinggalkan bersama anak-anaknya itu hanya bekerja di klinik dengan pendapatan bulanan RM1,200 sebulan.

Itu kongsi, aktivis sosial, Kuan Chee Heng atau lebih popular dengan gelaran Mr Kentang hari ini.

"Tutup..tutup..tutup....sedih..sedih..sedih seorang wanita Melayu menangis dengan saya pagi ini. Semalam ibu anak empat orang ni dia share 5 biji telur last.... makan dengan nasi putih.

"Anaknya empat orang umur 18, 16, 14 dan 12 tahun. Tiga anak masih study. Suami sudah lari cari perempuan lagi... anak anak pagi ini apa pun tak ada untuk makan... sarapan pagi tak ada... lunch tak ada... dinner pun tak ada... dekat saja di Puchong... Flet Vista Lavender," katanya.

Hanya bergaji RM1,200

Menurutnya, wanita berumur 40 tahun itu bekerja di klinik dengan gaji RM1,200. Sewa rumah pula RM900.

Kongsi Uncle Kentang lagi, sebulan hanya tinggal RM300 digunakan untuk bayar bil api dan air.. serta maintenance dan makan untuk lima orang termasuk dirinya.

"YA ALLAH.. SUNGGUH BESAR UJIAN MEREKA ... SIAPA NAK BANTU... HANTAR MAKANAN KEPADA MEREKA YANG KELAPARAN..SEJAK SEMALAM... INI LAH ALAMAT MEREKA... JANGAN KITA MEMELUK TUBUH LAGI... AYUH ANAK MALAYSIA... AYUH... BANGKIT.. LUPAKAN KERUSI... KITA HAMBAT MEREKA YANG LAPAR.. YANG TAK ADA APA DI MAKAN.... TUTUP," kongsinya di Facebook hari ini, selain berkongsikan alamat wanita terbabit.

Sedih dengar anak-anak kecil itu tak makan, beliau mengajak orang ramai untuk sama membantu.

"Pagi tadi pun kita dah melawat. Kita cari RM300 untuk beli makan untuk mereka dulu... Jom derma..," katanya kepada SinarPlus.

Menurutnya, mereka yang hendak menderma boleh menyalurkannya kepada akaun 7015170 449 CIMB Kuan Chee Heng.. ( Nota. ANAK 4 KEBULURAN).

Popular kerana merupakan seorang aktivis yang prihatin menghulurkan tangan kepada golongan susah dan yang meminta bantuan beliau, Uncle Kentang turut menyediakan perkhidmatan van jenazah, ambulans dan teksi 10 sen secara percuma kepada golongan tidak berkemampuan.

Moga ramai yang prihatin membantu dan dipermudahkan urusan wanita empat itu.

Bantuan dihulurkan diharap lebih ramai keluarga lain dapat dibantu oleh Uncle Kentang yang prihatin meringankan beban tanpa kenal erti jemu! -AG #janganputusasamalaysia

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca