SUNTIKAN vaksin Covid-19 berfungsi untuk mengawal penularan penyakit Covid-19. Semakin ramai orang mendapat vaksinasi, maka ramai penduduk membentuk antibodi dan seterusnya mengurangkan kebarangkalian kejadian penyakit Covid-19 yang lebih teruk.

Ia juga secara tidak langsung ia boleh melindungi golongan yang berisiko yang tidak layak menerima vaksinasi.

Perkongsian seorang peguam syarie, @wafda.kamilen meraih perhatian ramai apabila wujud kes suami tidak bersetuju isteri mengambil vaksin hingga sanggup menjatuhkan talak.

Beliau memuatnaik rakam layar perbualan WhatsApp yang memaparkan pertanyaan seorang wanita yang bertanya status talak.

“Salam Puan, Saya nak bertanya sesuatu boleh? Saya ada mengambil suntikan vaksin dos 1 secara senyap kerana suami tak nak (kebetulan Perkahwinan Jarak Jauh – PJJ).

“Saya ambil (suntikan) pada hari Selasa lepas. Hari ini ketika berborak dengan suami fasal vaksin, beliau berkata jangan ambil vaksin. Jika ambil juga jatuh talak.

“Adakah ia dikira sudah jatuh talak?” tanya wanita berkenaan.

Menurut @wafda.kamilen, perkara itu nampak janggal namun tidak mustahil boleh berulang.

Pasangan berkenaan dinasihatkan membuat permohonan lafaz taklik di mahkamah syariah.

“Ragam manusia, aneh-aneh nak buat taklik pun. Ini mungkin kedengaran janggal, tapi tak mustahil ada juga orang lain hadap benda yang sama.

“Nasi sudah menjadi bubur, lafaz taklik tidak boleh ditarik balik sehinggalah berlaku perlanggaran. Bila sudah langgar, segeralah ke mahkamah syariah,” katanya.

Sehubungan itu, beliau tidak mengesahkan status talak kerana ia hanya dapat dibuat Hakim Syarie.

“Failkan permohonan pengesahan lafaz taklik.

“Sekali lagi saya tegaskan, hanya Hakim Syarie sahaja yang boleh sabitkan sama ada jatuh talak ataupun tidak

“Dalam pada itu, beliau turut menasihati kaum lelaki agar berhati-hati dalam perkara berkaitan taklik. Sesal dulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya,” tulis beliau.

Iklan

Manakala, menurut Pejabat Mufti Wilayah, taklik ialah suami mengantungkan talak kepada isterinya dengan sifat atau syarat yang dikaitkan dengan isteri atau orang lain atau berlaku pada masa hadapan.

Memetik portal Pejabat Mufti Wilayah, majoriti fuqaha mazhab berpendapat bahawa lafaz taklik tidak boleh dibatalkan apabila telah diucapkan.

Ia kerana lafaz cerai bersyarat seolah-olah suami telah melaksanakan lafaz talak.

Baca juga Suami Isteri Genggam PhD Usia 26 Tahun, Berkahwin Dan Ada Anak Bukan Penghalang

Iklan

Nabi SAW menegas di dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA:

ثَلاَثٌ جِدُّهُنَّ جِدٌّ وَهَزْلُهُنَّ جِدٌّ النِّكَاحُ وَالطَّلاَقُ وَالرَّجْعَةُ

Maksudnya: Tiga perkara yang seriusnya dianggap bersungguh-sungguh dan gurauannya dianggap bersungguh-sungguh, iaitu, nikah, cerai, rujuk semula (selepas talak).
– Riwayat Abu Daud (2194)

Justeru, pasangan pasangan suami isteri yang terlibat perlu hadir ke mahkamah syariah untuk mendapatkan pengesahan berkaitan lafaz talaq sama ada melibatkan lafaz talaq secara langsung atau secara tidak langsung.

Sumber: Twitter @wafda.kamilen, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan